spot_img

Gadjet Vivo Kini Lebih Mudah Dibeli Dengan Kolaborasi Bersama Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng

- Advertisement -

Baru-baru ini, Vivo Malaysia telah melancarkan 1 peranti terbaru mereka Vivo S1 dan telah bekerjasama dengan beberapa gedung jualan atas talian terkemuka iaitu Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng. Untuk info, Vivo S1 merupakan peranti pertama siri ‘S’ dari Vivo.

VIVO S1

Vivo S1 merupakan peranti mampu milik yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang terkini. Dijual pada harga RM1099, ia dilihat mampu menarik golongan muda untuk mendapatkannya, lebih-lebih lagi dengan reka bentuknya yang ‘Stylish’ dan mengikut trend terkini.

- Advertisement -

Apa yang lebih menarik, jika anda membeli Vivo S1 dari gedung jualan atas talian yang disebutkan seperti di atas, anda boleh mendapat hadiah percuma bernilai RM99.

VIVO S1

Vivo S1 hadir dengan set kamera selfie AI 32MP, skrin yang bersaiz besar 6.38 Full HD bersama Super Amoled Ultra pada semua skrin, pengimbas jari pada paparan, bateri berkapasiti besar 4500mAh dan pengecasan pantas.

- Advertisement -

Selain itu kamera belakang pula dilengkapi dengan tri-kamera yang menggabungkan kamera 16MP + 8MP + 5MP. Manakala storan yang diberikan sebesar 128GB dan memori 4GB RAM. Dua pilihan warna yang menggoda ditawarkan iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

VIVO S1

Di bahagian sistem pemprosesan, Vivo S1 dikuasakan oleh Mediatek Helio P65 Octa Core Processor dan tampil dengan Funtouch OS 9 yang bersandarkan dengan Android 9.0 Pie.

- Advertisement -

Bagi menghangatkan lagi promosi Vivo S1, Vivo Malaysia telah mengadakan jelajah ‘Superday Roadshow’ pada 3 Ogos 2019 di Central i-City, Shah Alam. Dikhabarkan bermacam-macam hadiah menarik akan diberikan kepada pengunjung yang hadir dan disediakan juga persembahan yang sudah pastinya menarik. Bukan itu sahaja, cabutan bertuah juga akan di adakan untuk anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Vivo Malaysia dan Facebook Vivo Malaysia.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL