spot_img

Anak Kecil Dilaporkan Hilang Berjaya Ditemukan Semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 2 Disember — Seorang anak lelaki berusia 8 tahun yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat bersama bapa kandungnya petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata, kehilangan kanak-kanak itu berlaku selepas telefon bimbit kepunyaan bapa angkat yang juga bapa saudaranya telah rosak dan menyebabkan dia gagal dihubungi oleh bapa kandungnya.

“Bapa kandung kanak-kanak itu datang ke rumah mereka pada pagi Sabtu lepas dan ketika itu bapa angkatnya tiada lagi di rumah kerana pergi ke kedai.”

- Advertisement -

“Bapa kandungnya telah membuat keputusan untuk mengambil kanak-kanak terbabit ke rumahnya namun difahamkan gagal memberitahu abangnya kerana telefon bimbit abangnya itu rosak,” katanya kepada wartawan Bernama.

Rajab Ahad berkata susulan gagal menjumpai mangsa, bapa angkatnya membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju semalam dan polis kemudiannya mengeluarkan makluman Nur Alert mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Bapa kandung kanak-kanak terbabit terkejut apabila melihat makluman itu dan kemudiannya segera membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

- Advertisement -

“Mengikut perjanjian tidak bertulis mereka, bapa angkat kanak-kanak itu akan menjaganya manakala  bapa kandungnya akan menemuinya pada masa tertentu.

“Tidak diketahui mengapa bapa angkatnya itu tidak menghubungi adiknya atau membaiki telefon bimbitnya sepanjang kehilangan kanak-kanak itu,” katanya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL