spot_img

Gadis Ditegur Minah Salleh Ketika Solat Dalam Kereta Bikin Geli Hati

- Advertisement -

Apabila berada di luar rumah dan terpaksa memandu lama di atas jalan raya, kadang kala susah bagi orang yang beragama Islam untuk mencari tempat perhentian bagi mereka menunaikan solat sebelum habis waktu.

Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah yang besar kerana boleh dilakukan di mana-mana jika dalam keadaan terdesak atau darurat.

Seorang gadis TikTok ini berkongsikan kisahnya ketika sedang menunaikan solat di dalam kereta. Namun, dia dikejutkan pula oleh kedatangan seorang minah salleh.

- Advertisement -

Dalam perkongsian video TikTok yang tular itu, seorang gadis bernama Husna berkata, dia terpaksa solat dalam kereta ketika berada di luar. Jadi dia terpaksa menurunkan tingkapnya sedikit.

Namun, ketika dia sedang memulakan solat, seorang wanita berkulit putih lalu di sebelah keretanya dan mengucapkan β€œHai” dengan nada yang kuat.

Gadis itu tidak menjawab tegurannya kerana sedang menunaikan solat, wanita tadi kemudiannya berpatah balik dan mengulangi tegurannya itu membuatkan gadis tersebut rasa terganggu.

- Advertisement -

Tidak tahu cara untuk menghalau wanita berkenaan, gadis itu cuba memberi isyarat bahawa dia sedang solat dengan menyebut β€˜Allahu Akbar’ secara kuat, membuatkan wanita berkenaan terus beredar dengan pantas.

Perkongsian gadis tersebut membuat ramai netizen geli hati kerana percaya bahawa minah salleh itu pasti ketakutan kerana menyangka gadis itu seorang pengganas.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL