spot_img

Langkah Daftar Akaun i-Saraan Bagi Yang Bekerja Sendiri Atau Suri Rumah, Boleh Dapat RM250!

- Advertisement -

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan inisiatif bagi mereka yang bekerja sendiri samada dari sektor ekonomi gig, surirumah dan sebagainya. Inisiatif ini adalah bagi menyediakan platform untuk anda turut mencarum dan melakukan simpanan wang melalui KWSP walaupun bekerja sendiri. Peruntukkan geran sebanyak RM50 juta telah dilancarkan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi bagi program i-Saraan ini.

i-Saraan adalah sebuah program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk rakyat Malaysia yang bekerja sendiri mahupun surirumah. Setiap pencarum juga berpeluang untuk menerima insentif khas dari kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum sehingga RM250 setiap tahun kepada ahli berdaftar di bawah usia 55 tahun dalam program i-Saraan ini.

SYARAT KELAYAKAN I-SARAAN

-Warganegara Malaysia

- Advertisement -

-Bekerja Sendiri

-Berdaftar sebagai Ahli KWSP

-Berumur 55 Tahun ke Bawah

- Advertisement -

-Melakukan pilihan i-Saraan ‘Menghantar borang KWSP 16G (M)’

CONTOH PEKERJAAN SENDIRI

-Petani / Nelayan / Pemandu Teksi

-Pengasuh Bayi dan Kanak – kanak

- Advertisement -

-Peniaga Kecil / Penjaja

-Ejen Menerima Komisen (Insuran, Hartanah)

-Freelancer (Emcee, Pelakon, Penyanyi, Jurulatih, Perunding)

-Perniagaan Dalam Talian

-Pemilik Perniagaan (Pemilikan Tunggal / Rakan Kongsi)

-Peguam / Akauntan / Doktor

-Surirumah

-Pekerja Berpencen

KELEBIHAN INSENTIF I-SARAAN

1.Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap

2.Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran

3.Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda

4.Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022. Bantuan Kematian RM2,500

CARA DAFTAR I-SARAAN KWSP

1.Pastikan anda telah mendaftar sebagai ahli KWSP.

2.Muat turun dan lengkapkan borang i-Saraan KWSP:

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140512/KWSP_16G_M.pdf/b6403b01-b6a8-451b-a741-fcf30293a1f1

3.Buat permohonan temu janji dengan KWSP disini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

4.Hadir ke kaunter KWSP yang anda telah tetapkan temujanji.

5.Sila bawa kad pengenalan beserta borang i-Saraan KWSP.

6.Ambil nombor giliran dan sila tunggu dalam keadaan bersabar.

CARA BAYARAN CARUMAN I-SARAAN

-Perbankan internet

-Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)

-Kaunter KWSP

*Apa lagi, jomlah daftar!

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL