spot_img

UK Bakal Jadi Negara Pertama Guna Vaksin Covid-19 Dari Pfizer, Vaksin Yang Sama Ditandatangani Oleh Malaysia

- Advertisement -

Lori yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 ini, kini berada dalam perjalananan ke Britain sekaligus menjadikan United Kingdom (UK) sebagai negara pertama di dunia yang memiliki vaksin Covid-19 yang dibenarkan secara klinikal.

Ribuan dos vaksin itu dihantar dari kilang Pfizer di Belgium pagi ini dalam beberapa jam setelah diberi lampu hijau oleh Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA).

- Advertisement -

Menurut syarikat gergasi farmaseutikal itu, Pfizer, kesemua dos itu akan sampai ke Britain secepatnya pada hari esok.

Negara itu telah melakukan tempahan awal sebanyak 40 juta dos dengan 10 juta akan diterima pada akhir tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan. Tetapi, terdapat kekeliruan mengenai kumpulan mana yang akan mendapat dos pertama.

- Advertisement -

Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) pada hari ini telah mengeluarkan senarai keutamaan penerima vaksin ini di mana penghuni rumah jagaan dan kakitangan yang menjaga mereka dinasihatkan sebagai kumpulan pertama diberikan vaksin Covid-19.

Difahamkan, vaksin Pfizer-BioNTech berupaya menyekat 95 peratus jangkitan Covid-19, menurut hasil percubaan yang menunjukkan ia berfungsi dengan baik dari kalangan  individu berusia lebih dari 65 tahun, yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti vrus ini.

- Advertisement -

Namun, membawa dan menyimpan vaksin menimbulkan cabaran logistik kerana dos berkenaan mesti disimpan di dalam peti simpanan dengan suhu yang paling rendah iaitu -70C.

Bagi menyimpan dos pada suhu yang sangat rendah ini, ianya perlulah dibungkus dengan ais kering dan diletakkan di dalam sebuah kotak pengangkutan khas berukuran beg pakaian yang boleh menampung sebanyak 5,000 dos. Bekas ini dapat mencegah vaksin daripada kerosakan selama 10 hari jika tidak dibuka.

Sebaik saja kumpulan pertama ini tiba di pusat vaksinasi, ianya akan disimpan di dalam peti sejuk perubatan standard pada suhu antara 2C hingga 8C selama lima hari.

Ianya juga boleh disimpan di dalam kotak penghantaran sehingga 30 hari jika bekas tersebut diisi dengan ais kering (dry ice) sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kerajaan Malaysia juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian bersama Pfizer untuk membekalkan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 ke negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan menunggu dan melihat mengenai penggunaan vaksin itu di UK.

Pemerhatian itu dibuat bagi memastikan keberkesanan dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna vaksin di peringkat awal sehingga ia boleh digunakan di negara ini.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL