spot_img

Anjing Mampu Hidu Individu Positif COVID-19

- Advertisement -

Dari dahulu lagi, anjing telah membantu memudahkan kerja manusia dalam pelbagai aspek kehidupan dari mengawal pergerakan kambing biri-biri, hingga ke membantu pihak polis mengesan sindiket penyeludupan dadah.

Kini, sahabat terbaik manusia itu berpotensi menjadi alat pengesan pesakit COVID-19 walaupun tidak bergejala, sekali gus membantu dunia mengawal penularan COVID-19.

Deria hidu anjing mampu mengesan sesuatu daripada titik peluh individu positif COVID-19, dan menurut kajian yang diketuai Dominique Grandjean dari Sekolah Veterinar Perancis, hidung anjing itu tidak pernah silap dalam membezakan kes positif dengan negatif.

- Advertisement -

Macam mana anjing boleh kesan virus dalam titik peluh?

Sehungga kini, ia masih belum jelas bagaimana anjing boleh mengesan SARS-CoV2 pada titik peluh manusia.

Hidung anjing memiliki 220 juta saraf penerima olfaktori yang mempu menghidu seribu kali lebih baik dan berkesan berbanding hidung manusia.

- Advertisement -

Kajian saintis setakat ini, anjing akan menghidu perbezaan dalam profil sampel peluh dan bukan pada bahan yang ada pada peluh itu sendiri.

Ada ke negara yang telah menggunakan anjing untuk kawal penularan COVID-19?

Anjing yang khusus untuk mengesan koronavirus sedang dilatih di beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Chile, Argentina, Brazil dan Belgium.

- Advertisement -

Di UAE, anjing pengesan telah ditempatkan di beberapa lapangan terbang dan membantu mengawal jangkitan di negara itu.

Australia pula sedang berusaha menggunakan anjing untuk membantu mengesan kes COVID-19 tanpa gejala dan ditempatkan di pintu keluar masuk sempadan negara, selain di pusat jagaan warga emas dan di hospital.

Boleh ke anjing pengesan dijangkiti COVID-19?

Titik peluh pesakit COVID-19 telah terbukti tidak boleh menjangkiti anjing pengesan.

Malah, haiwan ini jarang-jarang didapati positif COVID-19, dan setakat ini hanya dua kes anjing pernah dilaporkan positif tanpa gejala.

Tambahan pula, proses pengesanan virus itu dilakukan menggunakan kon keluli tahan karat yang membolehkan anjing pengesan ini menghidu sampel tanpa kontak dengan sampel.

Ujian swab dan ujian darah turut dilakukan ke atas anjing-anjing pengesan dan setakat ini, tiada anjing pengesan dijangkiti COVID-19.

Buat penat je bina aplikasi mudah alih untuk kesan pesakit COVID-19, rupanya Tuhan dah bagi dekat kita sejenis mahkluk dan cara semula jadi yang boleh mengesannya.

Jadi, janganlah benci sangat pada anjing tu. Marilah kita latih anjing-anjing kita untuk kesan pembawa virus COVID-19 ini.

Sumber foto: Abby Boggier

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL