spot_img

Budak Ini Bayar Pizza Guna Duit Syiling Tapi Tak Cukup, Tindakan Rider Food Panda Dipuji Netizen

- Advertisement -

Nampak senang, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan memerlukan kecekalan yang cukup tinggi. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan risiko kemalangan tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘ditipu’ oleh seorang ‘scammer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).

Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi.

- Advertisement -

Jumlah pesanan RM28.50

- Advertisement -

Dia yang ingin cepat beredar langsung tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira-kira, wang tersebut hanya berjumlah RM18 ringgit sahaja.

Dia kemudiannya menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut supaya memberikan penjelasan kerana ditipu.

- Advertisement -

Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang dalam ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Jangan main-main dik..

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan saja wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak menipu lagi.

Saya cuma teringin nak makan…

Abang halalkan makanan adik ya…

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen itu turut mengakui terhibur dengan jawapan adik itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Baiknya budak ni – “Saya nak keluar dari talian”

Tinggi budi bahasa budak ni…

Sopan betul minta izin nak tidur…

Mesti beli guna duit tabung dia kan…

Sumber: Twitter @idealuzair

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL