spot_img

Menteri Besar Perak Gagal Dapat Sokongan Majoriti

- Advertisement -

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Ketika membahaskan usul berkenaan, Abdul Manaf berkata, tujuan usul undi percaya itu adalah bagi menentukan keabsahan kepimpinan Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

- Advertisement -

Katanya, ia sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri yang sedia ada menggunakan pendekatan pintu belakang.

“Kita lihat ini (Sidang DUN) menjadi medan terbaik untuk selesaikan masalah ini kerana dalam situasi pandemik Covid-19 ini tidak sesuai diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sebagainya.

“Ada juga dakwaan yang mengatakan UMNO bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan kerajaan. Maka cara ini (melalui undi percaya) menentukan samada ADUN Chenderiang ada majoriti atau tidak dalam dewan ini,” katanya.

- Advertisement -

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), Pas (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Pada sesi pagi tadi, usul undi percaya Menteri Besar Perak itu diminta untuk dibahaskan lebih awal berbanding usul-usul yang lain termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu Bajet Negeri Perak.

Perkara itu diusulkan oleh Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee (DAP-Pasir Pinji) atas alasan bahawa Dewan perlu membuktikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai keyakinan majoriti agar keraguan terhadap pemimpin kerajaan itu dapat dijelaskan.

- Advertisement -

Mohammad Zahir berpuas hati dengan perbahasan Salbiah kerana perkara itu dijelaskan secara spesifik serta mempunyai sokongan 37 ADUN untuk membawa usul tersebut.

Beliau kemudiannya meminta Abd Manaf membacakan usul tersebut yang turut disokong oleh Datuk Mohd Tarmizi Idris.

Sesi DUN kemudiannya dibuka untuk perbahasan oleh wakil kerajaan dan pembangkang dengan Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol) menjadi wakil kerajaan tunggal berbahas menyokong usul tersebut.

Selepas tamat perbahasan, Mohammad Zahir mengumumkan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas dicadangkan oleh Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) dengan sokongan Maslin Sham Razman (BN-Bukit Chandan).

Semua ADUN diberikan kertas undi khas untuk ditandakan sama ada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali berserta tandatangan.

Selepas undian dibuat, proses kiraan undi turut disaksikan oleh wakil kerajaan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) dan wakil pembangkang, Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai.

Speaker DUN kemudiannya menangguhkan persidangan DUN Perak pada hari Rabu.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL