spot_img

Kemelut Politik Merugikan Bola Sepak Perak

- Advertisement -

Kemelut politik yang melanda di Perak menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai masa depan pasukan bola sepak negeri itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.

Skuad The Bos Gaurus yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa mengosongkan jawatannya selaku Menteri Besar (MB) selepas gagal peroleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

Kedudukan jawatan politiknya pasti memberi kesan secara langsung kepada pentadbiran Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), di mana beliau juga turut memegang jawatan sebagai Presiden PAFA.

- Advertisement -

PAFA

Sudah pasti, pertukaran MB di peringkat kerajaan negeri akan turut mempengaruhi kedudukannya sebagai Presiden PAFA sekaligus mengganggu proses pembangunan dan penswastaan bola sepak negeri terbabit.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, krisis politik yang sedang berlaku di Perak sememangnya merugikan bola sepak di negeri berkenaan yang dilihat menjadi mangsa ekoran ketamakan kuasa politik oleh segelintir pihak.

- Advertisement -

Katanya, tindakan pihak terbabit umpama virus Covid-19 yang sudah menjangkiti ahli politik yang akhirnya akan merugikan ramai pihak termasuk industri bola sepak khususnya di negeri Perak.

Jelasnya lagi, inilah harga yang perlu dibayar oleh Persatuan Bolasepak Negeri (FA) apabila proses penswastaan tidak dilaksanakan segera jika masih mengharapkan ahli politik memegang jawatan dalam sistem bola sepak.

“Rugi dan sayang sekali apabila kemelut politik Perak akan turut memberi implikasi kepada bola sepak di Perak nanti.

- Advertisement -

“Kita tidak tahu lagi siapa yang akan memegang jawatan selaku Presiden PAFA dan siapakah individu yang akan dilantik untuk meneruskan kecemerlangan bola sepak di Perak.

“Kalau dapat yang tak minat bola, memang habis Perak. Sebab itulah kita kena bergerak cepat sebagai entiti swasta dan ahli politik kalau boleh jangan terbabit langsung,” katanya media

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL