spot_img

Mimpi Gigi Patah, Ini Yang Perlu Anda Tahu

- Advertisement -

Apabila bermimpi gigi tercabut terutama geraham, mulalah rasa cuak. Mimpi patah gigi inilah mimpi yang paling ditakuti sekali. Lagi-lagi jika gigi yang patah itu adalah gigi geraham. Mana taknya, mimpi gigi patah ni selalu sangat dikaitkan dengan kematian. Aduh.. risau tau.. ramai berkata mimpi patah ni katanya beri alamat tidak baik.

Sebagai contoh, kata orang tua-tua, jikalau mimpi gigi tercabut sebelah atas maknanya akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek. Jika mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah maknanya kematian dari kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.

Namun itu semua hanyalah sekadar pendapat sahaja mengenai mimpi gigi patah ini. Sedangkan jika ditanya pada orang yang lebih bijak pandai tentang tafsir mimpi, dikatakan mimpi gigi patah begini ada dua takwilnya. Mimpi gigi patah ini tidak bermaksud berita buruk melibatkan kematian sahaja sebaliknya mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat patah boleh melambangkan samada harta, pekerjaan atau anak-anak yang akan membawa kebaikan.

- Advertisement -

Selain dari itu, ada pula versi lain yang membuat tafsiran bahawa mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan ertinya akan beroleh harta secara tiba-tiba tanpa disangka-sangka.

Manakala untuk yang dapat mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut, ilmuwan berpesan supaya segera bermohon kepada Tuhan keampunan dan kesejahteraan dari Allah SWT.

Antara 5 Maksud Mimpi Gigi / Geraham Tercabut Menurut Islam

  1. - Advertisement -

    Mimpi Gigi Bawah Patah

Mimpi gigi bawah patah dikatakan bahawa satu peringatan supaya berhati-hati kerana akan ada perkara buruk bakal berlaku. Mimpi gigi sakit atau tertanggal itu adalah sebagai peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan terjadi. Mintalah petunjuk daripada Allah melalui doa. Allah berjanji melalui Surah Al Baqarah Ayat 186 bahawa Allah pasti akan mengabulkan semua doa hambaNya.

  1. Mimpi Gigi Atas Patah

- Advertisement -

Mimpi gigi atas patah turut membawa maksud akan ada perkara sedih bakal berlaku. Salah satunya mungkin akan berduka cita dengan kehilangan orang rapat tersayang yang akan meninggal dunia.

  1. Mimpi Gigi Patah Setengah

Ramai berpendapat bahawa itu petanda diri bakal melihat kematian anggota keluarga yang sedang sakit.

  1. Mimpi Gigi Palsu Patah

Jika hanya pakai gigi palsu, ia boleh membawa maksud yang sama. Untuk gigi palsu ini mungkin akan bermimpi keadaan gigi palsu patah atau terjatuh. Maka segeralah berdoa dan buat keputusan dengan baik tanpa melibatkan sesuatu perbuatan yang zalim.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai perbuatan zalim sebagaimana yang diterangkan dalam QS. Ali Imran Ayat 57 dan QS. Asy-Syura Ayat 40.

  1. Mimpi Gigi Depan Patah

Untuk mimpi gigi depan patah ini dikatakan bahawa itu merupakan sebuah tanda bahawa akan ada kesusahan dan kegagalan yang bakal terjadi. Tidak kisahlah samada mimpi gigi patah ini di pagi hari ataupun bukan, yang penting jangan terlalu memikirkannya sehingga terlupa pada Sang Pencipta. Walau apa jua mimpi yang datang, tidak perlu terlalu bersusah hati kerana segalanya adalah ketentuan daripada Allah SWT.

Dan belum tentu juga mimpi tersebut datangnya dari Allah SWT. Mimpi buruk begini selalunya datang dari syaitan untuk membawa kita ke arah kesesatan.

Jika ianya ternyata benar, maka jalan terbaik menurut ajaran Islam adalah menyerahkan diri kepada Allah. Percayalah bahawa bertawakal menyerahkan diri kepada Allah terutama apabila datangnya adalah cara yang paling tepat sekali.

“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan menceritakannya kepada orang lain dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepadanya.” Riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’id

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL