spot_img

Dua Laporan Kes Seksual, Pendakwah Selebriti Ditahan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis menerima dua lagi laporan kes seksual di daerah ini membabitkan seorang pendakwah selebriti.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penahanan dibuat hari ini dan pihaknya menjalankan siasatan terhadap individu berkenaan susulan laporan terbabit.

“Kita akan dapatkan perintah reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

- Advertisement -

Dua Laporan Kes Seksual, Pendakwah Selebriti Ditahan

Pada 27 November lalu, media melaporkan suspek yang juga bekas peserta program realiti pendakwah direman lima hari sehingga 1 Disember susulan dakwaan kes rogol tahun lalu di Shah Alam.

Susulan beberapa laporan yang diterima polis, perintah reman ke atas suspek kemudian telah dilanjutkan selama lima hari lagi sehingga hari ini.

- Advertisement -

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis Selangor menerima enam laporan berkaitan salah laku seks disyaki dilakukan seorang pendakwah selebriti.

Fadzil berkata, lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an itu telah keluar dengan suspek yang baharu dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta suspek jenis BMW untuk berbincang mengenai masalah kemurungannya pada 11 September tahun lalu.

- Advertisement -

Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di Shah Alam sebelum dibawa ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dan semasa di rumah itu, mangsa dikatakan telah dirogol.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL