spot_img

Fenomena Hujan Meteor Dijangka Berlaku Pada 13 Disember

- Advertisement -

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Planetarium Negara memaklumkan, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena hujan meteor yang dijangka berlaku pada 13 Disember akan datang.

Melalui kemaskini Planetarium Negara, fenomena Hujan Meteor Geminids itu diramal muncul maksimum pada 8.30pm 13 Disember sehingga awal pagi 14 Disember waktu tempatan.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 hingga 17 Disember 2020. Hujan Meteor Geminids ini akan sampai maksimum dengan kadar 120 meteor sejam atau 2 meteor seminit pada Ahad, 13 Disember 2020, jam 8,30pm sehingga menjelang awal pagi 14 Disember 2020,” tulis jabatan itu.

- Advertisement -

Orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena itu di depan mata perlu ke kawasan yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.

“Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Geminid yang terletak di antara langit sebelah Utara.”

orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena hujan meteor yang dijangka berlaku pada 13 Disember

- Advertisement -

Berikut adalah lima tip untuk melihat hujan meteor dari muka Bumi.

1) Elak cahaya bulan
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), hujan meteor boleh dilihat dengan lebih jelas tanpa cahaya bulan kerana kehadiran cahaya itu boleh menyebabkan penglihatan kurang jelas.

Cara terbaik adalah untuk keluar ke kawasan yang jauh dari bandar dan sebarang ‘pencemaran cahaya’, seperti di hutan atau bukit, selain memilih lokasi di mana langit adalah jelas.

2) Tahu arah pergerakan meteor
Untuk menyaksikan aktiviti meteor terbaik adalah dengan mengetahui arah pergerakan meteor itu.
Nasihat NASA, setiap hujan meteor akan bergerak dari satu arah, dan arah itu adalah menentang kedudukan buruj.

Contohnya, meteor bagi hujan meteor Leonid berpangkalan daripada buruj Leo dan pergerakannya akan menentang arah buruj Leo.

3) Jangan gunakan teleskop dan teropong
Peralatan tersebut hanya akan mengurangkan landskap penglihatan di langit sekali gus mengurangkan peluang untuk melihat hujan meteor, kata NASA.
- Advertisement -

Sebaliknya, adalah lebih baik untuk melegakan mata dan jangan tertumpu di satu-satu kawasan di langit, tetapi meluaskan pandangan kepada sejauh mana capaian mata boleh melihat.

4) Pilih waktu terbaik
Waktu terbaik untuk melihat hujan meteor adalah sekitar selepas 12 tengah malam dan tanpa kehadiran bulan bagi mengelak cahaya bulan yang terang.

Fenomena hujan meteor lazimnya berlangsung selama berminggu-minggu. Oleh itu, pilih malam yang paling sesuai mengikut musim dan bulan agar menikmati permandangan hujan meteor tanpa gangguan cahaya.

5) Bersedia untuk menunggu

Melihat hujan meteor adalah tidak mudah, dan adakalanya objek angkasa lepas itu tidak muncul walaupun cuaca mengizinkan.

Oleh itu, bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam, dan pakai pakaian yang selesa.
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL