spot_img

Gantung Kotak Iklan Di Belakang, Gigih Jual Keropok Lekor Nak Cari Duit Untuk Kahwin

- Advertisement -

Sekiranya seorang lelaki sudah sayang kepada pasangannya, mereka sanggup berkorban apa saja dan berusaha bersungguh-sungguh asalkan dapat mengumpul wang demi menghalalkan kekasih hati yang dicintainya.

Pengorbanan itu kadang-kala terpaksa menuntut seorang lelaki untuk membuang rasa malu dan melakukan apa yang termampu seperti usaha seorang lelaki ini yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Faezy Iskandar di Twitter, dia memuat naik dua keping gambar menunjukkan seorang pemuda yang gigih mencari rezeki untuk membina masjid.

Sambil menaiki motosikal, pemuda itu menggantung sekeping kotak di belakang badannya dengan tertera iklan menjual keropok lekor kerana ingin mencari duit kahwin menyentuh emosi netizen.

Moga dipermudahkan urusan abang cari duit kahwin

- Advertisement -

Jual Keropok Lekor Untuk Kahwin

Gigih jual keropok lekor untuk kahwin

Gigih jual keropok lekor cari duit untuk kahwin

- Advertisement -

Usaha tersebut merupakan suatu yang kreatif kerana pemilik memberitahu tujuannya secara jelas kepada orang ramai sekaligus menarik perhatian pelanggan untuk membeli.

Menurut info, pemuda itu menjual di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Desa Pinggiran Putra.

Jual keropok lekor untuk kahwin

- Advertisement -

Malah, rata-rata waragnet turut memuji usaha pemuda berkenaan kerana mencari rezeki yang halal untuk berkahwin dengan penuh keberkatan. Kami mendoakan semoga urusan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan. Amin ya Rabb.

Sumber: Twitter @faezy_iskandar

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL