spot_img

Neelofa Padam 5000 Gambar Di Instagram

- Advertisement -

Selepas hampir dua bulan mengenakan niqab, selebriti popular, Neelofa telah memadam semua koleksi foto dan video ‘hijabster’ di laman Instagram miliknya.

Koleksi seperti yang melibatkan aktiviti seni, pengacaraan, acara fesyen antarabangsa, duta berjenama terkemuka dan pelbagai lagi posting ‘mendunia’ tidak lagi dikongsi untuk tatapan umum.

Imej Terbaru Neelofa

- Advertisement -

Menerusi pemerhatian netizen, selebriti berusia 31 tahun itu memadam kira-kira 4,000 posting dimana hanya tinggal baki 2,648 posting setakat hari ini.

Kagum tengok perubahan dia

Neelofa padam gambar dekat ig

Dari 7.5k, tinggal 2.6k

Jumlah terkini gambar neelofa di ig

- Advertisement -

Kebanyakan posting yang ditinggalkan adalah detik-detik kenangan sewaktu menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci Makkah bersama keluarga tersayang.

Selain itu, terdapat juga kata-kata motivasi, petikan ayat al-Quran, video ceramah serta posting tidak memaparkan wajahnya yang hanya dikekalkan dalam akaun Instagram tersebut.

imej terkini neelofa

- Advertisement -

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mengakui lebih selesa dengan imej terbarunya tetapi menafikan penampilan tersebut adalah sebagai strategi pemasaran perniagaan.

Sumber: Neelofa , Twitter

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL