spot_img

Kerajaan Membenarkan Bilangan Tempat Duduk Ikut Saiz Meja

- Advertisement -

SHAH ALAM, 9 DIS: Pelanggan restoran dibenarkan duduk melebihi dua orang ikut saiz meja bermula hari ini, kata menteri kanan (pertahanan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara penting adalah pemilik restoran dan pelanggan perlu menjaga penjarakan fizikal atau sosial.

“Kalau meja panjang atau meja bulat besar boleh muat sehingga 10 pelanggan, kita benarkan tetapi mesti ada jarak antara satu sama lain. Katanya

- Advertisement -

“Keputusan ini dibuat selepas kita mendengar pandangan pengusaha restoran. Namun, ingin saya tekankan perkara paling penting adalah kita jaga kita,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 13 Oktober, kerajaan memutuskan dua orang sahaja dibenar setiap meja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL