spot_img

HRDF Mengesahkan Seorang Kakitangannya Positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19.

Melalui satu kenyataan hari semalam, HRDF memaklumkan kakitangan berkenaan ketika ini sedang mendapatkan rawatan dan di bawah pemantauan pegawai perubatan.

Sementara itu, semua kakitangan HRDF menjalani ujian calitan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga serta keadaan kesihatan mereka dipantau oleh pegawai perubatan.

- Advertisement -

Pada masa sama, ibu pejabat HRDF di sini, ditutup selama seminggu mulai hari ini untuk kerja sanitasi dan pembersihan sepenuhnya.

“Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan pelanggan adalah keutamaan kami.

“Kami akan terus mematuhi proses pengendalian jangkitan serta melakukan langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

- Advertisement -

“Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di [email protected] atau hubungi 1800-88-4800,” katanya dalam kenyataan itu.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL