spot_img

KWSP Jawab Soalan Pemohon i-Sinar

- Advertisement -

Terbaru, Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum yang bakal menerima manfaat.  Ia sekaligus menaikkan had pengeluaran i-Sinar daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Program i-Sinar yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020.  Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa.

Tarikh permohonan

Kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP melalui dua kategori yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

KATEGORI 1

  • Membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
  • Kriteria bagi Kategori 1 itu adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
  • Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
- Advertisement -

KATEGORI 2

  • Bagi Kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.
  • KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?

  1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  2. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  3. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan akaun bersama

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

I Sinar Anda Boleh Memohon!

Manfaat i-Sinar kepada pencarum yang anda perlu tahu

Program i-Sinar adalah pilihan terbaik kepada golongan bersasar bagi membantu mereka meneruskan kehidupan ketika pasca pandemik.  Program ini dicadangkan kerajaan bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.

- Advertisement -

Insentif ini mewujudkan bantuan wang dalam jangka masa sederhana melalui simpanan KWSP bagi meringkan beban mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan masalah besar dalam aliran tunai.

Pun begitu, sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan simpanan anda melalui program i-Sinar ini, KWSP akan mempunyai lebih banyak wang untuk pelaburan yang akan memberi kebaikan kepada kita dari segi dividen pada masa depan.

I Sinar Anda Boleh Memohon!

- Advertisement -

Berhadap dengan situasi pandemik yang mencabar, selain program i-Sinar, KWSP juga melaksanakan beberapa program lain demi memastikan setiap pihak mendapat perlindungan yang sama.

eCap untuk majikan terjejas 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global.

e-CAP memberi fleksibiliti kepada majikan yang layak, memilih untuk membuat permohonan penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan. Kemudahan e-CAP melengkapkan beberapa inisiatif lain yang dilancarkan oleh KWSP bagi membantu ahli, mengekalkan mata pencarian mereka serta memberi sokongan kepada perniagaan.

Ia merangkumi inisiatif pengurangan bayaran caruman syer pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 iaitu Pengeluaran i-Lestari dan pelanjutan tempoh untuk majikan membayar caruman syer majikan.

iSuri untuk suri rumah

Insentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).  Insentif ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP sehingga RM2,500.

Faedah i-Suri:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

iLestari pengeluaran akaun 2

Bagi meringankan beban kewangan rakyat di kala wabak COVID-19, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka untuk tempoh 12 bulan.

Pencarum dibolehkan membuat permohonan melalui aplikasi i-Akaun, emel dan serahan pos.  Amaun sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dibenarkan dan jika simpanan akaun 2 adalan kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.kwsp.gov.my/
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL