spot_img

KKM Titip Ucapan Tahniah, Dr Noor Hisham Dikurnia Gelaran Datuk Seri

- Advertisement -

Seiring kemelut Covid-19 di seluruh dunia, rakyat Malaysia pasti tidak lupa akan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membendung dan mengawal pandemik yang telah meragut nyawa jutaan manusia itu.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan itu dianugerahkan Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dr Noor Hisham dikurnia gelaran Datuk Seri, KKM titip ucapan tahniah

- Advertisement -

Penganugerahan tersebut diberikan sempena  Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-75, semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr Noor Hisham atas penganugerahan tersebut.

Sebelum ini, beliau dikurniakan anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

- Advertisement -

Dr Noor Hisham dikurnia gelaran Datuk Seri, KKM titip ucapan tahniah

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL