spot_img

5 Penjenayah Bertopeng Larikan RM260,000

- Advertisement -

KLANG – Sekumpulan lima penjenayah bertopeng berjaya melarikan wang berjumlah RM260,000 selepas memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu, didapati mengambil masa hampir 40 minit sahaja bagi memecahkan mesin ATM tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.20 pagi berhubung kejadian tersebut.

- Advertisement -

Penjenayah Melarikan Duit ATM

Katanya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu mendapati kumpulan suspek lelaki itu menggunakan gas oxy bagi memecahkan mesin ATM berkenaan.

“Suspek telah bertindak menyembur cat hitam ke arah CCTV bagi mengelak perbuatannya dirakam.

- Advertisement -

“Mereka disyaki mengambil masa 30 hingga 40 minit untuk memecahkan mesin tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menambah, siasatan mendapati kerugian akibat jenayah tersebut adalah sejumlah RM260,000.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan meminta orang ramai mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

- Advertisement -

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL