spot_img

66 Ribu Komen & 24 Juta Tontonan, Nabila Razali Terkejut Video Muzik Peluang Kedua Dapat Sambutan Di YouTube

- Advertisement -

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa terkejutnya apabila muzik video Peluang Kedua yang disiarkan di laman Youtube telah menerima hampir 66,895 komen daripada wargamaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella berkongsi paparan video muzik tersebut untuk tatapan umum.

“66,895 komen!!! Komen awak yang ke berapa?” tulis Bella di ruangan kapsyen.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian itu lagi, lagu versi baru ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu turut menampilkan penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique sebagai hero dan rakan duet. 

Malah, lebih istimewa apabila video muzik tersebut mencatat kejayaan tersendiri apabila menerima 24 juta tontonan dalam masa tiga bulan dimuat naik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan komen yang positif kepada Bella agar meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

- Advertisement -

Ada juga yang menyatakan mereka gemar melihat gandingan serasi Bella dan MK menerusi lagu Peluang Kedua versi baru itu. 

“Suka tengok Bella dan MK sepadan. Lagu ni memang terbaik, harap Bella sentiasa sihat selalu dalam lindungan Allah. Jaga diri Bella,” ucap seorang wargamaya.

“Haritu saya baca ada yang komen toksik kat Nabila. Kak Nabila teruskan usaha, abaikan je komen-komen toksik tu,” tegur seorang wargamaya.

- Advertisement -

“Terbaik, lepas ni boleh fikir lagu kedua bersama MK,” cadang seorang wargamaya. 

“Lagu best mestilah banyak orang komen,” tulis seorang wargamaya. 

Sekadar info, video muzik Peluang Kedua telah menjalani penggambaran selama dua hari di Cameron Highlands, Pahang.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL