spot_img

Lelaki ditahan panjat sayap kapal terbang. Penumpang berdepan detik cemas

- Advertisement -

Las Vegas: Penumpang sebuah pesawat di Amerika Syarikat (AS) berdepan detik paling cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba dilihat memanjat sayap pesawat berkenaan.

Ketika kejadian Sabtu lalu itu disedari juruterbang pesawat Alaska Airlines ketika pesawat terbabit sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran ke Portland.

Memetik laporan CNN, juruterbang menyedari seseorang menuju ke arah pesawat berkenaan, sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan.

- Advertisement -

Berdasarkan kakitangan lapangan terbang, lelaki itu melompat pagar berhampiran landasan sebelum menuju ke arah pesawat terbabit.

Sementara itu, video yang dirakam penumpang menunjukkan lelaki itu berjalan di atas sayap pesawat.

Dia kemudian menanggalkan sarung kaki dan kasut sebelum cuba menaiki hujung sayap Boeing 737 berkenaan.

- Advertisement -

Bagaimanapun, ketika dihampiri polis, dia meluncur dan terjatuh ke atas landasan.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Joe Rajchel berkata, lelaki itu ditahan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan pegawai lapangan terbang.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Alaska Airlines dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu kemudian berpatah balik ke terminal untuk menjalani pemeriksaan.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL