spot_img

Shah Isarb Sudah Keluar, Kenapa Nik Farin Padam Akaun Twitter Yang Digunakan Untuk Menuduh Shah Isarb?

- Advertisement -

ISA ISARB DATANG SAMBUT SHAH ISARB

Hari ini Youtuber Isa Isarb dan rakan rakan datang berjumpa dengan Shah Isarb selepas dia telah keluar dari tahanan polis.

Semua anggota Isarb dan ahli keluarga Shah turut hadir. Dengan kapsyen ‘Alhamdullilah’ dari Isa jelas menunjukkan bahawa jatuh bangun seorang sahabat mereka akan tetap berada bersama

- Advertisement -

Selepas Shah ditahan tiada satu pun kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau atau dari clan Isarb. Hari ini Shah Isarb telah muat naik 1 kenyataan di laman instagram beliau.

- Advertisement -

Semoga kebenaran akan terjawab dan pihak yang terainaya mendapat keadilan yang sewajarnya

Terdahulu

MEDIA melaporkan seorang YouTuber terkenal ditahan selepas dipercayai mencabul seorang pelajar universiti empat bulan lalu di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Berdasarkan laporan media, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos ketika suspek menjalankan penggambaran drama YouTube di sebuah inap desa.

- Advertisement -

Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, Ketua Polis Daerah Kota Bharu dilaporkan berkata siasatan mendapati susek merupakan penerbit dan pengarah drama berumur 22 tahun yang ditayangkan menerusi saluran YouTube miliknya.

Mngsa yang berusia 24 tahun itu katanya telah dihubungi oleh seorang rakan dan menawarkan bayaran RM600 untuk berlakon sebuah drama arahan suspek.

“Selesai menjalani penggambaran di inap desa itu, suspek telah mengajak mngsa yang berasal dari Jalan Dusun Muda untuk tidur di situ dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada esok hari,”

“Semasa mangsa berseorangan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah masuk ke dalam bilik itu sebelum bertindak mencium, memeluk, meraba bahagian dada dan kemaluan mgsa,” katanya seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Menurutnya selepas empat bulan, suspek tampil membuat lap0ran polis di ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan pendakwah selebriti dan merasakan kejadian sama berlaku kepadanya.

Berdasarkan butiran cerita yang dilaporkan oleh media, kita dapat kenal pasti bahawa individu yang menjadi mngsa itu adalah individu sama mengaku telah dicabul oleh seorang YouTuber sebelum ini.

Nik Farin telah membuat pengakuan menerusi akaun Twitter mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang YouTuber terkenal.

“Saya tak dirogol, tapi dia sexually harrassed saya dan cuba untuk merogol. Tapi saya tak ingin. Dia cuba untuk buka seluar baju saya tapi tak dapat. And then dia pegang saya kuat gila tangan dan kaki (guna kaki dia) dan lancap atas saya. Malu aku nak cerita Allahu,” tulis Nik Farin sebelum ini.

Menurut Nik Farin, dia menulis tweet itu bukan untuk memfitnah YouTuber lain yang tak bersalah. Tambahnya, YouTuber yang dimaksudkan bukanlah menapak di Kelantan, dan yang paling penting individu itu bukan Alieff Irfan. Menurutnya Alieff sangat profesional dalam bekerja dan tidak menggunakan talent untuk melakukan perkara terkutuk.

Kata Farin lagi, dia mahu memberi kekuatan dan keberanian untuk mangsa sexual harassment untuk bersuara dan melawan, dan berhenti daripada menjadi mngsa penindasan kaum lelaki yang bernafsu binatang.

Semakan dibuat di Twitter mendapati akaun Nik Farin sudah dipadamkan, tak tahu apa sebab.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL