spot_img

“SENTUHAN SENI” – BAKAT TERPENDAM KAKITANGAN ISTANA

- Advertisement -
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah bakat terpendam kakitangan Istana mampu menghasilkan pelbagai produk berkualiti. Baginda Tuanku Sultan, bertitah antara barangan yang dihasilkan ialah tali pinggang kulit, alas telefon, tongkat kayu, kotak pembesar suara, sarung pisau, perabot serta produk lain. No photo description available. “Semua barangan dibuat oleh staf saya sendiri di Istana Flintstones, segala peralatan cukup di bengkel untuk menghasilkan pelbagai produk termasuk kerja-kerja berasaskan kayu. “Barangan dihasilkan cukup cantik, dengan kekemasan kerja yang teliti, begitu juga dengan pelbagai produk perabot seperti kerusi, meja dan sebagainya. Image may contain: 2 people, text and indoor “Tidak perlu saya membeli di luar, kerana barangan yang dibuat ini adalah staf saya sendiri, di mana mereka cukup berbakat. ‘Mersing is blessed’,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Flintstones, hari ini (16 Disember). DYMM Sultan Johor bertitah, bakat serta kemahiran yang dimiliki oleh pekerja-pekerja terbabit boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan industri kraf di Mersing. Image may contain: 1 person, playing a musical instrument and sitting “Saya mempunyai pelbagai idea, malah sentiasa menggalakkan kreativiti serta pelbagai produk boleh dihasilkan di Mersing,” titah Baginda Tuanku Sultan.
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL