spot_img

Kena Unfriend Disebabkan Kawan Tak Dapat Pinjam Duit RM1000, Lelaki Ini Kongsi Pahit Manis Sebelum Senang

- Advertisement -

Budaya pinjam meminjam ni tak asing lagi, tetapi janganlah sampai disisihkan kawan yang tak dapat memberi pinjam. Mereka pun susah untuk dapatkan duit bagi menyara kehidupan mereka.

Aizuddin Ismail berkongsi di laman sosialnya, berasa sedih di “Unfriend” oleh rakannya kerana tidak dapat memberikan pinjaman kepadanya.

“Kena “Unfriend” hari ini pasal kawan nak pinjam duit RM1000 dan aku cakap tak ada sebab duit ada cukup-cukup je untuk survive bulanan.”

- Advertisement -

Seringgit

“Dia kata nampak aku makan dengan isteri dekat Madam Kwan, takkan tak ada duit. (Masa sambut anniversary haritu)”

“Dia nampak yang sedap je, macam mana susahnya nak dapatkan yang sedap tu dia tak tahu.”

- Advertisement -

“Aku buat macam-macam kerja semata-mata nak sustain perbelanjaan dan komitmen supaya tak terjerumus ke lembah bad debts macam 10 tahun dulu. Buat bisnes sekarang dah tak macam dulu, orang kurang sangat-sangat nak membeli.”

“So kalau dah tak boleh harapkan bisnes, kita kena kerjalah. Aku mahir jalan-jalan KL dan Selangor, so daftar banyak delivery app. Tawarkan diri kat restoran-restoran untuk servis direct tanpa guna app. Dengan jaminan yang kalau hujan lebat pun aku akan tetap hantarkan.”

Image may contain: one or more people, car, plant and outdoor

- Advertisement -

“Hujung minggu pagi-pagi kalau free dan sihat, ambik upah 3jam masukkan cili boh dalam plastik guna gayung kat pasar borong, mata pedih tangan panas usah ceritalah.”

“Kalau siap pack awal, kena tolak troli hantar barang ke kereta customers, dapatlah RM60. Kadang-Kadang customers bagi tips RM1-RM5 dapatlah lebih.”

Image may contain: outdoor, text that says "Buat asam pedas ke goget? 13:34 13:35 Ttdi hills..goget Asam pedas 1 job je kul 12..kul 11.30 abg bgtau abg tu abg buat job lain dulu 13:35 Beso2 rumah sini..berapa juta entah 13:35 Pergghh umah cam umah omputih Pling murah 7.5juta wehhhh 13:37 13:37 Br dapat bersih rm35... Ada hati nak beli rumah 7 juta.. Tau xpeee 13:43 13:40"

“Belum kira kos maintenance, repair motor rosak lagi. Maklumlah heavy duty dan long distance bawa hari-hari dekat laluan jalan rosak tak ada kualiti turapan dekat Malaysia ni.”

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor

“Tu belum kira maintenance BMW, insurance mati lagi 3 bulan nak kena kumpul duit. Siapa suruh gatal beli? Aku beli bulan Februari, mana aku nak tahu bulan March satu dunia akan closed border kena covid dan affect economy.”

“But in the end, i’ll fight my own battles, suffer and bleed from them, for the sake of my own family.”

“Hope you do the same for yours, instead of blaming others if they can’t help you in this toughest times.”

Sumber: Aizuddin Ismail

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL