spot_img

Mango Milk Cheese! Makan Sejuk-Sejuk Memang Padu!

- Advertisement -

Minuman atau pencuci mulut yang sejuk-sejuk bukan sahaja nikmati bila dimakan pada cuaca panas. Tak kira masa memang selalu ‘cari’ benda-benda sejuk ni. Baru rasa nikmat orang kata kan? Cendol dan air batu campur (ABC) memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Apa kata jom cuba buat Mango Milk Cheese ini pula. Jarang dibuat orang, tapi nikmat dia sama macam makan cendol. Makan sejuk-sejuk lagi padu!

Walaupun sesetengah negeri di Malaysia sudah memasuki musim hujan dan cuaca agak sejuk, ia bukan penghalang untuk makan dessert yang sejuk-sejuk. Jom lihat resepi lengkap Mango Milk Cheese di bawah. Sekali buat boleh dapat 10 bekas bersaiz 300ml.

Mango Milk Cheese, Dessert Jarang Dibuat Orang. Makan Sejuk-Sejuk Memang Padu!

Bahan inti:

  • 3 biji mangga (dipotong dadu)
  • Jelly perasa mangga (dipotong dadu)
  • Nata de coco secukupnya (boleh ganti nutrijell kelapa)
  • Biji selasih secukupnya (rendam dalam air)

Bahan milk cheese:

  • 1 biji mangga (ambil isi sahaja)
  • Cream cheese 170 g
  • Susu full cream/uht 500 ml
  • Susu cair 380 ml (boleh juga pakai uht semua)
  • Susu pekat 80 g (ikut atas selera masing-masing)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan milk cheese, kemudian kisar sehingga sebati
  2. Campur semua bahan bahan inti dengan milk cheese tadi, kemudian tuangkan dalam bekas.
  3. Boleh dimakan terus atau sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Mango Milk Cheese

- Advertisement -

      4. Kalau suka cheese, boleh tambahkan parutan cheese cheddar. Selamat mencuba!Mango Milk Cheese

Kredit: Cookingwithhel

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL