spot_img

Hantar Surat Mohon Maaf Kepada Jiran Kerana Bimbang Tangisan Bayi Pada Waktu Malam Menganggu

- Advertisement -

Baru-baru ini ada satu pasangan telah menghantar nota permohonanan maaf kepada jirannya di atas tangisan bayi mereka yang terlalu kuat pada waktu malam. Jiran mereka yang terkejut dan perasan surat itu dihantar ke rumahnya telah memuatnaik surat tersebut ke dalam akaun Twitter miliknya. Gambar itu telah mendapat like dan komen yang banyak dan kebanyakan netizen ingin memberikan bantuan kepada pasangan tersebut.

Pasangan yang dikenali sebagai Matthew dan Kelee Ward, menulis dalam surat itu bahawa dalam beberapa hari mereka tidak dapat tidur malam kerana bayi mereka itu sering menangis. Mereka telah cuba menggunakan kaedah ‘cry-it-out’ untuk membantu anak mereka supaya dapat tidur dengan lena.  Dalam surat itu menyatakan bahawa mereka dapat tidur dengan lena setelah menggunakan kaedah tersebut dan meminta maaf atas bunyi bising yang mungkin menganggu jiran mereka pada waktu malam.

Jiran pasangan itu menulis di twitternya “Pasangan ini telah meletakkan surat di pintu rumah saya,  jadi saya perlu membuatkan mereka sedikit biskut” Dalam surat itu juga menyatakan mengapa anak mereka sudah 4 bulan mengalami kesukaran untuk tidur. Mereka meminta maaf di atas kesulitan sepanjang beberapa bulan yang lalu menyebabkan jirannya terganggu.

- Advertisement -

 

Surat yang dimuat naik ke twitter tersebut telah mendapat lebih 1 juta like dan memperoleh 100 ribu retweet. Ramai berkongsi gambar tersebut dan menyatakan mereka terharu dengan tindakan pasangan berikut dan ada juga yang berkongsi pengalaman sepanjang menjadi ibu bapa.

- Advertisement -

Dalam surat itu mengatakan bahawa jika mana-mana jiran yang terdengar tangisan anak mereka, mereka meminta untuk berdoa dan memahami mereka juga mempunyai masalah yang sama. Pasangan itu juga menulis bahawa mereka akan cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dengan jiran jika bayi mereka masih lagi menangis pada waktu malam.

Mereka juga mengatakan mereka akan berehat dalam tempoh percubaan yang mengambil masa seminggu atau lebih. Pasangan itu mengingatkan bahawa jika salah seorang jiran yang terdengar bunyi bising atau apa-apa yang menganggu boleh kuatkan volume Tv masing-masing jika tangisan bayi mereka masih kuat.

Sebagai tanda tulus ikhlas, jiran mereka telah membuatkkan sedikit biskut dan menghadiahkan pasangan tersebut satu set peralatan mandian bayi dan sebotol minuman.

- Advertisement -

 

Lihat beberapa kata-kata positif yang diberikan kepada pasangan tersebut :

 

 

Sumber : news18.com

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL