spot_img

Kongsi Amal Kebajikan Di Media Sosial, Haqiem Rusli Sama Dengan Ebit Lew – Fendy Bakry

- Advertisement -

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video penyanyi dan komposer Haqiem Rusli menunaikan solat sebelum menghadiri satu majlis anugerah. Meskipun ramai memuji namun ada melihat secara negatif.

Perkara itu turut mendapat pujian pelakon Fendy Bakry yang berpendapat tindakan Haqiem itu sepatutnya dijadikan contoh. Fendy turut menjadikan Ebit Lew sebagai contoh dimana pendakwah itu sering berkongsikan kerja amal di media sosial.

“Dia belia remaja, punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan.

- Advertisement -

“Cuba kalau orang biasa yang upload macam ini rasanya berapa kerat je yang tengok, faham? Tak faham lagi? Okay kita ambil contoh lain, kenapa Ebit Lew buat kebaikan tapi post sana sini video pasal dia?

“Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong. Kat situ juga dia nak tunjuk betapa ramai orang yang hidup dalam kesusahan,” tulisnya menerusi Instagram mStar.

Terdahulu, Haqiem menjelaskan dia tidak pernah meminta mana-mana individu merakam kebaikan yang dilakukan dan berkongsikan di media sosial sehingga menjadi tular.

- Advertisement -

Tegasnya lagi, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Sumber: Mstar Online

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL