spot_img

Ibu Sedih Anak Luah Perasaan Tanggung Sakit Yang Perit Lepas Doktor ‘Tersalah’ Sunat

- Advertisement -

Musim cuti persekolahan sudah bermula, maka bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Ia telah menjadi satu budaya untuk mengkhatankan anak lelaki sewaktu musim cuti sekolah.

Setiap umat islam wajib melakukan proses berkhatan untuk pembersihan diri seperti yang telah ditetapkan oleh agama.

Kesedaran tentang berkhatan sudah berkembang dalam kalangan orang bukan Islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana ia mempunyai banyak faedah kesihatan.

- Advertisement -

Berkhatan adalah memotong kulit di hujung kemaluan lelaki yang biasanya dipanggil kulup iaitu foreskin.

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Doktor guna teknik yang menyebabkan alat sulit jadi bengkak

Menerusi sebuah posting yang tular di Facebook, seorang ibu telah meluahkan perasaan anak lelakinya yang terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami kecederaan selepas bersunat di sebuah klinik swasta.

- Advertisement -

Difahamkan semasa kejadian doktor berkenaan telah mencadang untuk menggunakan teknik clamp bagi kanak-kanak tersebut.

Tetapi, sebaik pulang dari klinik ibu bapanya menyedari zakar anaknya itu menjadi sangat pendek. Pada mulanya, mereka menganggap ianya normal. Namun, tidak lama selepas itu alat sulit anaknya masih bengkak dan mereka terus bergegas semula ke klinik.

Namun, lain pula kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak ini apabila dia mengalami kecederaan ketika sedang bersunat.

- Advertisement -

 

Risau bengkak di kemaluan anak masih tak surut-surut

Maka selepas itu bermulalah mimpi ngeri bagi kanak-kanak tersebut sehingga sekarang. Dia terpaksa menanggung sakit itu berulang kali oleh kerana kelalaian doktor berkenaan.

Sehingga kini, alat sulit kanak-kanak itu mengeluarkan gumpalan darah beku yang banyak sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

 

Ibu luah rasa sedih melihat anak menanggung kesakitan

Menurut ibunya, dia meluahkan rasa sedih dan tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Hatinya menjadi sebak apabila melihat anak yang baru berumur lapan tahun itu terpaksan menanggung kesakitan sehingga perlu menjalani pembedahan kerana kecuaian seorang doktor.

 

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan kanak-kanak terbabit dan memberi kata-kata semangat buatnya

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

Image from Dhia Wafiy Hadi (Facebook)

LIKE Facebook dan subscribe Telegram AKU PAPAN KEKUNCI dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL