Semua maklum bahawa Ustaz Ebit Lew adalah seorang insan yang berhati mulia dan sepantas kilat beliau akan membantu mengikut kemampuannya. Semalam, tular sekeluarga hanya tidur dalam kereta 8 bulan lamanya.
“Cuti Umum Krismas dari Johor Bharu terus saya ke Penang.”

Menangis sebak semasa di JB terbaca pasal Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta saja. Sedihnya 8 bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja guard malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan 4. Semua habis musnah. Sedihnya rasa.
“Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta saja. Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria jer masa belikan kek makan dengan mereka.”

Beliau sewakan rumah cantik selesa ada 3 bilik dan akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara untuk mereka dapat rumah PPRT. Dah 2 kali mohon semenjak rumah terbakar.
“Tetapi jika mereka terus ingin terus disitu pun saya akan terus bayarkan dengan gembira. Saya hadiahkan Peti Ais, Mesin basuh, TV, rice cooker, dapur, kipas, katil Queen 1, katil Single 2, Barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka tadi.”

Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.
Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel.