spot_img

[Video] Lelaki Berpura Menjadi Pelanggan Melarikan Dua Rantai Emas Dianggarkan Bernilai RM40,000

- Advertisement -

Marang: Lelaki berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan dua rantai emas dianggarkan bernilai hampir RM40,000 di kedai emas di Bandar Marang, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku 5.10 petang apabila suspek datang ke premis itu kononnya untuk membeli barangan kemas.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, anak kepada pemilik kedai berusia 18 tahun yang tidak mengesyaki apa-apa melayan permintaan suspek yang ingin melihat barangan kemas yang ada.

- Advertisement -

Katanya, beberapa minit kemudian suspek yang memakai baju merah dan pelitup muka itu melarikan diri bersama dua rantai emas itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti sekiranya suspek mempunyai rakan sejenayah yang lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL