spot_img

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Dan Diheret Kereta Dipandu Pelajar Sekolah

- Advertisement -

Tapah: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 62.8 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, A Erriah, 66, yang menunggang Honda EX5 cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Pemandu Perodua Viva yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Kuning, Nor Shafiqah Wagimin, 17, patah tangan manakala rakannya, Hasni Yatul Sharmiza Shafie, 18, hanya cedera ringan.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian kereta terbabit dalam perjalanan ke arah Ipoh.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu melanggar dan mengheret mangsa sehingga ke besi penghadang di kiri laluan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa bersama motosikal tersangkut di besi penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Wan Azharuddin berkata, mangsa yang berkerja sendiri cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadianKatanya, pemandu kereta patah tangan dan penumpang yang berkerja sebagai operator kilang hanya cedera ringan.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL