spot_img

Sindiket Pengedaran Dan Rampasan Dadah Bernilai RM25.87 Juta Berjaya Ditumpaskan

- Advertisement -

George Town, 26 Disember 2020 – YDH CP Dato’ Sahabudin bin Abd Manan, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu sidang media mengenai kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dengan rampasan dadah. Turut hadir YDH ACP Mustafa Kamal Gani bin Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pulau Pinang di Dewan Mutiara IPK Pulau Pinang.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan Balai Polis Nibong Tebal , Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan dan berjaya merampas sejumlah dadah disyaki dadah jenis Syabu, Pil Ekstasi, Ketamin dan Heroin Base.

No photo description available.

Dalam (3) serbuan yang dijalankan suspek (2) lelaki tempatan berusia antara 37 dan 43 tahun telah ditangkap. Keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan wang tunai, barang kemas dan kenderaan berjumlah RM 26.1 juta. Dadah yang di rampas ini boleh digunakan oleh seramai 2,608,572 orang penagih.

- Advertisement -

Kesemua tangkapan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati atau dipenjarakan seumur hidup, jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada lima belas sebatan.

No photo description available.

– PDRM PULAU PINANG

Antara yang dirampas:-

– 400.8KG Syabu bernilai RM18.04 juta

No photo description available.

– 78.9KG serbuk Ekstasi bernilai RM3.55 juta

Image may contain: food

– 91.3KG Ekstasi bernilai RM4.1juta

Image may contain: food

– 1.49KG Heroin Base bernilai RM138,543

Image may contain: one or more people, text that says "PENANG"

– 306 Gram Ketamin bernilai RM30,600

Image may contain: 2 people, people standing, text that says "SIDANG MEDIA JABATAN SIAŞATAN JENAYAH NARKOTIK"
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL