spot_img

“Amanah Tidak Mampu Bertanding Sendirian” – Mat Sabu

- Advertisement -

AMANAH tidak mampu bergerak sendirian untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya perlu bersama dengan parti lain seperti dalam pilihan raya umum yang lalu, kata presidennya Mohamad Sabu.

Katanya, pembangkang akan ada kekuatan apabila bergabung seperti Pakatan Harapan mengharungi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berjaya membentuk kerajaan.

“Kalau mereka tak ikut cadangan kita, kita keluar, lama-lama tinggal kita seorang, kalau seorang bolehkah kita menang?

- Advertisement -

“Kerana kita berada dalam PH, di Johor kita menang sembilan kerusi. Siapa sangka, ini kerana kerjasama itu,” katanya.https://7148b814a3e81f82cb43667bb51f6d69.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan menutup Konvensyen Nasional Amanah 2020 kali ke-5 di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Mohamad merujuk pada cadangan Amanah supaya PH mengukuhkan gabungan pembangkang dengan “menambah kawan” iaitu menggembleng kekuatan seluruh blok pembangkang.

- Advertisement -

Mohamad menegaskan walaupun cenderung dengan idea sebuah gabungan besar parti politik pembangkang, Amanah komited bersama DAP dan PKR dalam PH.

“Kita bertaut sama PKR, DAP dan plus plus lain supaya kita lebih 108 ahli Parlimen dan boleh ambil kerajaan ini,” katanya.

Mohamad juga mengingatkan pada masa ini badan masyarakat (NGO) sudah dilihat tidak lagi bersama PH, sedangkan sebelum ini mereka banyak membantu menarik sokongan kumpulan pengundi yang tidak berparti atau bukan partisan.

- Advertisement -

“Saya nampak NGO nampak tak berapa galak dengan pembangkang. NGO boleh gerakkan orang non partisan,” tambahnya.

Mohamad, dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng, baru-baru ini mengusulkan agar pakatan pembangkang bersatu dengan kekuatan 108 suara di Dewan Rakyat.

Mereka mencadangkan PH membuat anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang, dan berhenti daripada berusaha untuk memancing sokongan wakil rakyat dari blok kerajaan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional.

Mohamad, dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng, baru-baru ini mengusulkan agar pakatan pembangkang bersatu dengan kekuatan 108 suara di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2020.

Elak berebut kerusi

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar dalam ucapan penggulungannya turut menyentuh perkara sama dan menjelaskan pembentukan gabungan besar pembangkang itu mampu mengelakkan mereka berebut di kerusi sama.

“Politik tak boleh bersendirian dan berlawanan antara satu sama lain (pembangkang) yang ada dalam negara.

“Nak pergi PRU15 tak boleh PH dengan tiga parti ini (Amanah, DAP, PKR), tapi pembangkang lain lawan dengan kita,” kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, gandingan bersama semua parti pembangkang dijangka mampu mengelak perkara itu berlaku.

“Politik rahmah kita nak kembalikan mandat rakyat. Kita perlu gandingan semua pihak, parti pembangkang dalam negara.

“Bayangkan bila kita hadapi pilihan raya umum, PH ada, PN ada, kemudian ada pembangkang lain berlawan sesama sendiri, ini akan merugikan pembangkang.

“Matlamat kita nak kembalikan mandat rakyat membebaskan politik rasuah yang buruk sudah tentu takkan tercapai,” katanya.

Maka Mahfuz berkata, dengan bilangan 108 ahli Parlimen pembangkang adalah lebih mudah untuk mereka menawan kembali Putrajaya.

Blok PH di Dewan Rakyat dibentuk oleh PKR dengan 38 kerusi, DAP 42, dan Amanah 11. 

Blok pembangkang juga disertai oleh Parti Warisan Sabah dengan 8 kerusi, sementara empat wakil rakyat bebas dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang menunggu pendaftaran. Upko ada satu kerusi, Parti Sarawak Bersatu dua kerusi, dan dua lagi bebas. – 27 Disember, 2020.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL