spot_img

“Kita Bukan Asal Orang Kaya, Peniaga Macam Kami Jatuh Bangun Pun Orang Tak Kisah”

- Advertisement -

Ramai peniaga jalanan kehilangan sumber pendapatan sejak pandemik COVID-19. Termasuklah mereka yang dibuang kerja, diberhentikan kerja dan diberi cuti tanpa gaji. Mengenangkan nasib mereka, nak tak nak mereka terpaksa keluar mencari sumber rezeki.

Image may contain: one or more people, tree, table and outdoor

Peniaga nasi lemak di Jalan Jasper Seksyen 7, Shah Alam ini dahulunya meniaga di tapak pasar malam. Mereka terpaksa berhenti meniaga kerana tapak pasar malam tidak lagi dibenarkan beroperasi pada awal PKP dahulu.

Sudah pasti apabila sumber pendapatan hanya bergantung pada hasil jualan, tahap kewangan mereka terjejas untuk berbulan-bulan. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari inisiatif lain untuk berniaga.

- Advertisement -

“Saya tak ada kelulusan tinggi dalam pengajian. Sekolah pun sampai darjah 3 saja. Kemudian masuk madrasah menghafal Al-Quran.” Hamzah

“Kami bukan asal orang kaya, nak tak nak kami kena usaha sendiri cari sumber rezeki yang halal. Kami dah berniaga lebih dari 5 tahun di pasar malam. Ada rezeki lebih atau terkurang, itu kerja Allah. Kami usaha saja.”

No photo description available.

Tambahan pula, ramai yang terjejas dengan ekonomi. Ada yang mengharapkan bantuan dari kerajaan atau NGO saja tanpa melipat gandakan usaha untuk membangunkan ekonomi sendiri.

- Advertisement -

“Orang macam kami, tak ada siapa pun kisah bila kami jatuh. Kami bukan artis mahupun orang ternama. Kami cuma rakyat marhaen yang bekerja keras untuk hidup di tanah sendiri”

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP, mereka mencari tapak untuk meniaga. Mereka berniaga hanya pada waktu pagi saja. Nasi lemak mereka antara menu yang paling laris dengan harga yang berpatutan.

Image may contain: 1 person, table and outdoor

“Sebelum membeli, kami akan pastikan pelanggan mematuhi SOP supaya kita sama-sama dapat melawan pandemik COVID-19 ini. Sebab kami rindu nak meniaga ditapak pasar malam”

- Advertisement -

Meriah tengok jualan mereka.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL