spot_img

‘Kluster Mek Semek’ Demi Rindu Yang Membara, Perantau Pulang Hadiahkan COVID Kepada Keluarga

- Advertisement -

Hari ni hari paling sedih (dah banyak kali sedih sebenarnya sejak COVID mengganas). Tapi today is my extraordinary sad day. Bila saya melalui bilik-bilik isolasi di wad COVID, wajah-wajah sayu warga emas yang dijangkiti COVID memenuhi setiap bilik.

Ada pula yang sedang bertarung nyawa di ICU. Cari punya cari puncanya di mana? Rupanya ada anak salah seorang warga emas ini yang namanya mek semek (bukan nama sebenar) yang bergejala pulang dari zon merah di pantai barat sana.

Mek semek pulang ke kelate dengan kerinduan membara, melawat, memeluk ibunya si warga emas (walaupun bergejala dan menganggap ini “demam & selsema biasa”) tanpa memikirkan risiko yang dia mungkin membawa hadiah COVID.

- Advertisement -

Ibu mek semek dijangkiti dan ibu mek semek pula menjangkiti ramai lagi rakan-rakan seusianya tanpa sedar (apalah orang tua tahu kan). Mek semek pula berkumpul adik beradik keluarga dan adik semek, anak sedara semek, ipar duai semek habis turut dijangkiti.

Lebih 50 kes baru dan lebih separuh adalah warga emas yang berisiko, diabetes, sakit buah pinggang, darah tinggi membuat kami tidak senang duduk. ICU mula standby sebab dah dapat agak akan ada yang terpaksa dirawat akibat komplikasi dan setiap hari sejak 3 hari lepas ada saja yang terpaksa dihantar ke ICU.

Dan melihat pesakit-pesakit kami yang menangis, bila call anak-anak untuk memberi khabar duka dijangkiti COVID-19 yang tak mengenal mangsa, luluh hati kami terbayangkan ibu-bapa masing-masing. Tak tahu dah nak cakap apa dan plan ambo nak cuti 2 hari esok dan lusa terpaksa dilupakan (plan asal nak bercuti didepan komputer je pun sambil tengok Netflix dan menghirup udara yang segar dalam rumah).

- Advertisement -

Kami berazam akan menyantuni pakcik-pakcik & makcik-makcik yang diuji ini. Semoga pahala buat mereka dalam menghadapi ujian Allah. Semoga Allah melindungi kita & keluarga dari wabak COVID-19 dan musibah.
Oh mek semek…semek oh semek. Malas dah nak cakap pasal SOP, semua dah tahu tapi buat-buat tak tahu.

Sedihnya beramat tengok video ni. Sabar buat keluarga ayah Ji. Kami doakan ayah Ji cepat sembuh.
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL