spot_img

Keluarga ‘Proton Iswara’ Minta Hentikan Sumbangan, Sudah Cukup Dengan Bumbung Untuk Berteduh

- Advertisement -

Keluarga lima beranak di Pulau Pinang yang tular baru baru ini kerana tinggal di dalam kereta sebelum ini menggesa agar masyarakat tidak lagi menghulurkan bantuan kepada mereka buat masa ini.

Permintaan itu difahamkan hadir susulan perkembangan terkini mereka yang sudah pun memperolehi bantuan rumah PPR dan pelbagai lagi bentuk bantuan selepas kisah mereka menjadi perhatian sebelum ini.

Menurut laporan New Straits Times, bapa kepada keluarga berkenaan S Ganesh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berpendapat mereka sudah pun mendapatkan apa yang diperlukan iaitu bumbung untuk berteduh buat mereka sekeluarga.

- Advertisement -

“Dengan penerimaan rumah PPR ini, kami dengan rasa rendah hati meminta agar semua orang tidak lagi menghantar bantuan kepada keluarga kami,” katanya seperti dipetik NST.

Kisah lima sekeluarga itu sebelum ini menjadi perhatian selepas mereka dilaporkan terpaksa tinggal dalam kereta sejak beberapa bulan yang lalu.

Ia susulan rumah yang didiami mereka sebelum ini Lebuh Carnavon musnah dijilat api pada April lalu.

- Advertisement -

Kini selepas beberapa hari, nasib S Ganesh dan keluarga kecilnya mula berubah apabila dia mula menerima pelbagai bantuan daripada seluruh negara termasuk bantuan perumahan PPR daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau meminta agar orang ramai berhenti menghulurkan bantuan kepada keluarganya kerana mereka kini sudah mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan semua pihak sebelum ini. – Sumber dipetik dari The v0cket

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL