spot_img

PDRM Siasat Video Hina Lagu Kebangsaan Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia mengenai satu video lagu kebangsaan Indonesia yang disunting liriknya sebagai menghina republik itu yang kini tular dalam media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menjalankan siasatan itu.Katanya, Bukit Aman memulakan siasatan itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya kepada satu portal hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Video Viral membabitkan lagu kebangsaan Indonesia itu sejak kebelakangan ini.Semalam, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui satu kenyataan rasmi menegaskan pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat video tersebut.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan satu video yang didakwa dimuat naik oleh warganegara Malaysia dan didakwa memperlekehkan serta menghina Indonesia,” sebut kenyataan itu.

Walaupun status terkini media sosial mendapati video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, ia dimuat naik dan dikongi dalam pelbagai aplikasi atas talian yang lain di negara populasi rakyat Islam terbesar dunia itu sehingga mencetuskan komen berbaur kemarahan awam.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL