spot_img

Pemimpin, Penguatkuasa Rasuah Patut Malu Dengan Ganesh ‘Proton Iswara’

- Advertisement -

Beberapa hari lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah sedih sebuah keluarga di Pulau Pinang yang tinggal di dalam sebuah kereta Iswara uzur sejak lapan bulan lalu.

S. Ganesh dan isteri, S. Parameswary bersama tiga anak mereka terpaksa menjadikan kereta itu sebagai tempat berteduh selepas rumah mereka terbakar pada April lalu.

Merak Jalanan nak ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang memang terkenal dengan sikap pemurah. Sebaik kisah Ganesh tular, bantuan yang diterima keluarga itu melimpah ruah.

- Advertisement -

Malah, selepas beberapa hari lalu, kerajaan Pulau Pinang turut meluluskan permohonan Ganesh untuk tinggal di sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat.

Tetapi semalam Merak Jalanan agak terkejut mendapat perkhabaran dari rakan media yang memaklumkan Ganesh meminta orang ramai tidak lagi memberikan apa-apa sumbangan sama ada barangan atau wang tunai kepada keluarganya.

Pelik juga, sudahlah keluarganya susah, hendak tolak rezeki pula, termasuklah duit ribu-ribu ringgit.

- Advertisement -

Tetapi rupanya lelaki berusia 34 tahun itu sangat berjiwa besar.

Walaupun bergaji RM1,200 sebulan, baginya rezeki itu sudah mencukupi.

Ini kerana apa yang paling diidamkannya iaitu sebuah rumah yang baik dan lengkap dengan kemudahan untuk keluarganya telah tertunai.

- Advertisement -

Kisah Ganesh membuatkan Merak Jalanan terfikir betapa pemimpin dan penguat kuasa korup di negara ini sepatutnya malu dengan lelaki itu.

Lebih-lebih lagi pemimpin dan kakitangan awam yang tergamak terlibat dengan kartel daging sejuk beku baru-baru ini.

Demi mengejar kekayaan dan harta benda, ada penguat kuasa yang sanggup membiarkan jutaan umat Islam di seluruh Malaysia memakan daging import yang diragui status halalnya.

Sumber: Sinar Harian

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL