spot_img

Gadis Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Dari Arah Belakang

- Advertisement -

BALIK PULAU – Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditunggangnya seorang diri dipercayai dirempuh sebuah kereta berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Kumbar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Nooraslinda Musa, 26, dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Image may contain: one or more people, people standing, people walking and outdoor

Difahamkan, Nooraslinda ketika itu dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar sebelum motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya itu dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Avanza dari arah belakang.

- Advertisement -

Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Image may contain: one or more people, people walking, sky and outdoor

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.55 pagi dan tiba ke situ kurang 15 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati, penunggang motosikal terbabit berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan.

Image may contain: motorcycle and outdoor
- Advertisement -

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di situ telah mengesahkan kematian penunggang motosikal terbabit di lokasi kejadian,” katanya, di sini hari ini.

Zaiful memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL