spot_img

“Mayat Dia Saya Isikan Dalam Guni” – Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon

- Advertisement -

Puluhan tahun selepas berlaku peristiwa yang mengejutkan satu Malaysia iaitu kes pembunuhan seorang artis Malaysia yang sedang menaik di Malaysia.

“Rindu… rindu serindu-rindunya… Namun engkau tak mengerti… Wo ooooo… Pilu… pilu sepilu-pilunya… Namun engkau tak peduli… Malu semalu-malunya… Namun apa daya, orang tak sudi. Mahu semahu-mahunya… Namun apa daya orang dah benci…”

Itulah sedikit sebanyak lirik lagu dari lagu terkenal Rindu Serindu Rindunya, nyanyian kumpulan Spoon yang mɛnjadi siulan ramai rakyat Malaysia ketika era kegemilangan kumpulan ini.

- Advertisement -

Kumpulan muzik terkenal Spoon tidak asing lagi bagi mereka yang lahir dan membesar di era 80 dan 90an.

Along Spoon yang cukup popular dengan lagu nyanyian Rindu Serindu-Rindunya. Mereka yang membesar dengan lagu-lagu pada era-90an sudah pasti mengenali nama Along Spoon ini.

Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik Shafiee pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air pada ketika itu.

- Advertisement -

Kumpulan muzik terkenal Spoon yang diketuai oleh Along yang memiliki suara yang lunak telah berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon –Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan Spoon ini sehingga disenaraikan dalam kumpulan slow rock tɛrbaik pada era itu, dan ketika itu jugalah terciptanya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang terbaik sekali dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Tetapi apakan daya, di tengah kehangatan kumpulan Spoon ini, Along dilaporkan hilang. Pelbagai persoalan mula timbul dalam kalangan para peminat setianya, begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan sekumpulannya.

Ketika itu masing-masing bagai hilang keruan dengan kehilangan itu. Namun, selepas 10 hari akhirnya kehilangan Along terjawab. Pihak polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

- Advertisement -

Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam dilereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Ikuti kronologi kes pembunuhannya.

See the source image

Kronologi Kes Pembunuhan Along Spoon

● 25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali sebagai Along Spoon dilaporkan hilang. Ketika itu dia berusia 19 tahun.

● 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari kehilangan Along, pihak polis menjumpai rangka manusia dipercayai jasad Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang- Genting Peras, Jelebu.

● 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.

● 19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur itu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along

● 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan pembunuhan ini.

● 29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sabitan hukuman mati terhadapnya.

● 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas Lans Koperal Mohamed Ya’cob yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Misteri pembunuhan Along Spoon memakan masa selama 10 tahun untuk diselesaikan.

Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu anggota polis itu yang dikatakan ada mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

bunoh along spoon

“Mayat dia, yang saya isikan dalam guni telah saya campakkan di tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu” – Mohamed Ya’cob

Ia bermula daripada seorang pemandu yang membawa mereka berdua, suspek dan Along duduk di dalam satu kereta dibahagian penumpang.

Sepanjang dalam perjalanan itu, ada berlaku perbAlahan sehingga suspek menggunakan kekerasan fizikal kepadanya.

Ketika itulah, suspek bertanyakan mangsa adakah mangsa mempunyai apa-apa hubungan dengan isteri suspek.

Mangsa menafikannya. Namun, suspek kemudiannya memberitahu mangsa yang dia nampak mangsa berdua dengan isterinya dalam kereta.

Suspek dikatakan ada mengetuk kepala mangsa berkali-kali di dalam kereta kerana geram. Pemandu kereta itu kemudian menyuruh suspek supaya jangan mencederakan mangsa.

Ketika inilah, suspek arahkan kereta supaya berhenti kononnya nak buang air, tetapi mangsa juga turut diheret keluar dan pemandu disuruh balik.

Suspek dan mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan berdua. Ketika inilah berkemungkinan besar segala-galanya berlaku. Pemandu rasa tak sedap hati dan patah balik ke lokasi mereka.

Tetapi apabila sudah sampai, pemandu tersebut melihat cuma ada seorang sahaja di tepi jalan iaitu suspek.

Mangsa kemudiannya hilang tanpa khabar berita dan suspek ditangkap sebab dialah orang terakhir kelihatan bersama mangsa. Pemandu kereta menjadi saksi pendakwaan ketika kes dibicarakan.

Semasa disoal siasat, suspek memberikan satu kenyataan ‘Mayat dia, yang saya isikan dalam guni telah saya campakkan di tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu’. Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dijumpai telah mati. Mayat mangsa sudah reput diikat dalam sebuah guni. Ketika ditemui, mayat berada berkedudukan seperti posisi janin dalam rahim.

Ada Pihak Cuba Ambil Kesempatan

Pada waktu itu nama kumpulan Spoon menjadi dambaan dan kegilaan ramai, mendengar khabar berita kehilangannya ramai yang cuba ambil kesempatan dengan menghubungi keluarga Along kononnya diculik.

Sebagai tebusan untuk dapatkan Along, keluarga harus membayar RM500 ribu sepanjang tempoh dia hilang. Namun begitu, hasil siasatan polis mendapati ia tidak ada kaitan kerana hanya sekadar penipuan yang dibuat daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

Malahan menurut laporan sebelum ini, bapanya kerugian kira-kira RM300,000 kononnya mendakwa Along akan kembali ke pangkuan keluarga.

Selepas kematian Along, vokalis kumpulan Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, namun masih tidak dapat menandingi aura suara yang dimiliki Along.

Kerinduan peminat terhadap kelunakan suara arwah begitu mendalam. Ia bagaikan sudah tiada lagi penggantinya.

Namun, lagu nyayiannya kembali dimainkan. Lagu popular arwah yang berjudul Rindu Serindu-Rindunya kini dibawakan semula oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Firman Siagian.

Buat pembaca yang membaca artikel ini sehingga selesai mohon sama-sama doakan dan sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Along Spoon. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah mencucuri rohnya. Aminnnn…

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL