spot_img

Dybbuk Box, Jangan Percaya Trending Mengarut Yang Merosakkan Aqidah

- Advertisement -

Seorang pengguna Facebook Auni Ameera telah berkongsi di lamannya berkenaan Dybbuk Box yang cukup menjadi trending ketika ini berikutan YouTuber Princemeed kononnya dikatakan telah dirasuk oleh “Kotak Hantu” ini.

Mari kita baca sama-sama perkongsian Auni Ameera

Apa itu Dybbuk box?

Image may contain: ‎text that says '‎שלום OPEN BOX‎'‎

I jelaskan sikit supaya anda faham dan harap tidak percaya pada trending mengarut yang boleh merosakkan Aqidah. Dybbuk box adalah satu kotak haunted dan percaya bahawa box ni benar-benar berhantu boleh boleh membawa anda kepada kepercayaan Khurafat. Benda ni datang dari zaman kuno yahudi.

- Advertisement -

Dybbuk: Dybbuk adalah hantu, roh atau semangat jahat dalam kepercayaan Yahudi. Orang Yahudi zaman dulu percaya yang hantu ni (Dybbuk) berasal dari roh atau semangat orang mati, Semangat jahat yang tak tenang berlegar² di muka bumi untuk menghantui badan manusia (atau) buat badan manusia hidup sebagai rumah (atau) tumpangan dia. Kalau hantu ni datang kat anda, Dia akan buat 3 pilihan seperti di atas.

Kepercayaan yahudi ni adalah tak betul sebab dalam Islam, kita diajar bahawa setiap nyawa yang hidup akan mati dan bila kita mati roh kita akan terputus dengan dunia sama sekali. Roh kita tidak akan berlegar². Tiada lagi semangat atau spirit kita tertinggal dalam dunia atau masuk alam jin.

No photo description available.

Box: Box yang selalunya yang orang yahudi zaman dulu simpan Wine, atau box dia orang simpan duit atau barangan berharga. Orang yahudi percaya yang Dybbuk akan buat kotak-kotak ni sebagai perantaraan antara Dybbuk dengan manusia. Mereka akan cakap Dybbuk merasuk seseorang jika seseorang tu kuat mabuk. Zaman dahulu orang yahudi yang kuat mabuk, mereka akan bawa kotak-kotak untuk isi mereka punya arak. Mereka juga percaya yang orang jahat atau banyak dosa bila mati, roh mereka akan bertukar menjadi Dybbuk dan merasuk orang hidup.

- Advertisement -

Dybbuk Box: Iaitu kotak yang telah di huni oleh roh jahat Dybbuk. Kotak ni orang akan puja dan ikat dengan rantai kononya dalam tu ada Dybbuk (khurafat). Mereka akan puja-puja supaya Dybbuk ni duduk dalam dan tak akan keluar dari kotak. Kalau mereka berhenti puja, Dybbuk akan keluar dan merasuk orang. Macam orang melayu pergi sembah atau simpan jenglot kononya itu langsuir padahal bila buat DNA test kantoi itu bangkai kelawar.

Kesan rasukan Dybbuk: Selalunya orang yang kena rasuk Dybbuk ni akan jadi mental breakdown, akan jadi gila dan lain-lain. TETAPI hantu dybbuk tak akan pergi tolak trolley tak akan buat bunyi tapak kaki, tak akan ketuk pintu rumah, tak akan takut-takutkan kau. Hantu Dybbuk tak buat classic punya cara kacau kau sana-sini. Once Dybbuk pilih anda sebagai tumpangan dia, anda akan perlahan-lahan menjadi gila dan hilang kewarasan.

Image may contain: food

Rawatan: Dalam fahaman mereka, rawatan kalau kena sampuk dengan Dybbuk ni HANYA boleh dilakukan oleh Rabbi yahudi, bukan ustaz, bukan paderi, tapi Rabbi yahudi sahaja. Kalau kau panggil ustaz, dengan ustaz-ustaz tu nanti dia sampuk sampai mental.

- Advertisement -

Cara rawatan: Rabbi akan buat exorcisms kat kau. Ikat atas katil kemudian ‘rukyah’ kau ramai-ramai.

MODERN ERA: Asal kepercayaan ni sebab orang dulu tak ada ilmu. Dulu orang gila atau mental breakdown mereka akan claim orang tu kena rasuk. Dan kalau ada anak down syndrome, mereka akan cakap itu anak hantu dan buang budak tu. Selalunya orang dulu akan claim kotak this and that berhantu sebab tak nak barang berharga mereka kena curi.

No photo description available.

Dalam Agama kita (Islam): Jika kita percaya bahawa ada mahluk lain yang boleh atau mampu membawa mudarat kepada kita adalah salah sama sekali. Tak ada satu Jin, Hantu atau Syaitan pun mampu ganggu kita tanpa Izin Tuhan. (Dan Tuhan tak suka-suka nak izinkan atau benarkan Jin, Hantu Syaitan pergi kacau kau).

Dalam agama kita juga (Islam): Kalau kita pergi beli barang kononya berhantu dan cuba barang tersebut, itu adalah Khurafat. Kalau kita masuk rumah kosong dan menduga-duga Jin, itu adalah perbuatan yang Islam larang sama sekali dan boleh jatuh Syirik sebab kita kita percaya adanya kuasa mistik atau sesuatu yang lebih berkuasa ke atas kita selain Allah.

Situasi 1: Sendiri beli, Sendiri Takut, Sendiri acah kena sampuk.

Situasi 2: Sendiri masuk hutan, Sendiri masuk rumah kosong, Sendiri takut kat situ sorang-sorang.

Artikel Berkaitan: ‘Doktor’ Berpendapat Dybbvk B0x Yang Dibeli PrinceMeed Ini Sebenarnya Hanya Kotak Buatan Sendiri – Aku Papan Kekunci

Situasi 1 dan 2 dilarang dalam Islam sebab ini perbuatan bodoh dan sia-sia. Jin ni sebenarnya kalau kau tak cabar, tak menduga-duga mereka, mereka tak akan kacau kau sebenarnya. Dan Islam sangat melarang kita untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan Jin. Cukup kita percaya and move on dengan kehidupan kita sebagai manusia.

Islam tak ajar kita untuk jadi “Ghostbuster” malah islam melarang kita benda-benda macam ni sebab boleh membawa kepada Khurafat dan Syirik.

Quran dan Kitab ulama kau tak nak study, ini kotak yahudi mabbook yang kau pergi beli.

Nota: Semoga kita semua bertaubat.

P/S: Sejujurnya kami setuju apa yang dikongsikan. Apa pandangan anda? Kongsikan pada yang lain.

Sumber: Auni Ameera

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL