spot_img

Kerana Guna Sudip Kayu, Wanita Ini Terpaksa Tahan Perit Sakit Tekak Akibat Tertelan Selumbar Dari Sudip Kayu

- Advertisement -

Sudip kayu merupakan peralatan dapur yang sering kita gunakan. Memandangkan sekarang penggunaan kuali non-stick sangat tinggi dalam kalangan ibu-ibu. Jadi tiada pilihan lain selain menggunakan sudip kayu atau sudip plastik.

Selumbar pecah dalam masakan…

Siapa sangka penggunaan sudip kayu akhirnya membawa padah kepada seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Nur Iffahain. Menurutnya sudip kayu itu digunakan semasa dia menyediakan sambal. Walau bagaimanpun dia tidak menyedari selumbar pada peralatan tersebut telah pecah dalam masakannya.

Selumbar dr sudip kayu.. Bahaya ye hai.. Sakit berdenyut2.. Kena ye petang smlm lagi.. Tak perasan selumbar tu dh pecah2 dlm sambal.. Mkn2 terasa sakit sbb dh sangkut kat dlm tekak..

Terpaksa dikejarkan ke kecemasan…

Sehinggalah Nur Iffahain teras perit akibat dari selumbar kayu yang tersangkut pada tekaknya. Apa yang dirasakan olehnya adalah tidak selesa dan berdenyut-denyut pada kawasan berkenaan. Kerana tidak dapat menahan sakit, dia terus bergegas ke bahagian kecemasan sebuah pusat perubatan.

- Advertisement -

Mlm nk tdo makin berdenyut2.. Tak tahan sakit.. Pergi la kecemasan. Doc jolok dlm tekak xnmpk apa pun.. Nk refer Klinik ENT tutup sbb dh mlm.. Bg la ubat tahan sakitJadinya pagi ni pergi klinik ENT dan berjaya buang(masuk kamera)

Hati-hati lepas ni guna sudip kayu…

Keesokan harinya, selumbar tersebut sudah berjaya dikeluarkan dengan baik setelah kamera dimasukkan oleh doktior bahagian ENT. Disebabkan kejadian yang menimpanya itu, Nur Iffahain berpesan kepada orang diluar sana agar lebih berhati-hati dalam menggunakan sudip kayu. Lebih-lebih lagi jika sudipp itu telah lama baik dibuang sahaja.

Hati2 dengan sudip kayu.. Nasib baik mammy yg kena.. Kalau x.. Xperasan dh sudip ni bahaya.. Selalu duk guna utk masak ank2 ye menu..😂– sudip kayu yg murah2 xyh la pakai sbb mmg tak berkualiti– sudip kayu yg lama2 elok buang jela..– nk masak makanan ank xpyh dh guna sudip kayu. Xleh nk fikir kalau ank yg kena nanti…

syukur Alhamdullilah smua dh ok..

Sumber: Facebook Nur Iffahain

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL