spot_img

Suami Hanyut Selepas Selamatkan Isteri

- Advertisement -

KLUANG: Seorang lelaki dipercayai hanyut bersama kenderaannya di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, jam 8 malam tadi selepas menyelamatkan isterinya ketika air naik mendadak sewaktu mereka cuba melalui jalan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Penguasa Bomba, Akob Sedek, berkata gerakan mencari dan menyelamat dimulakan sejak 9 malam tadi namun gagal menemui mangsa susulan air terlalu dalam.

“Mangsa dipercayai menyelamatkan isterinya terlebih dahulu dalam kejadian itu sebelum kembali untuk mendapatkan keretanya.

- Advertisement -

“Usaha mencari dan menyelamat diteruskan awal pagi hari ini menggunakan sebuah bot untuk menyusuri tali air, lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

“Seramai 15 anggota dengan sebuah lori dan sebuah bot sudah digerakkan untuk tugas mencari dan menyelamat,” katanya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL