spot_img

Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Sebiji Dekat Thailand. Memang Super!

- Advertisement -

Kepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati kan sup ayam di sana? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya. Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka.

Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi ini dia cara masak sup ayam ala thai, rasanya dah macam dekat thailand. Cubalah buat.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Tumis

  • Bawang putih | ditumbuk
  • Halia | ditumbuk
  • Bawang Merah | dipotong
  • Bawang besar | dipotong
  • Serai | dipotong
  • (Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
  • Daun limau purut

Bahan Lain:

  • Hirisan lemak ayam
  • Ayam
  • Celery
  • Carrots
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumisan dan campurkan hirisan lemak ayam. Nak letak daun limau purut pun boleh. Tumiskan sehingga layu/garing/wangi. Api medium.
  1. Masukkan air secukupnya.
  2. Apabila air dah menggelegak baru masukkan ayam. Kemudian baru campakkan carrot dan celery.
  1. Kemudian tutup periuk dan tunggu sekejap.
  2. Masukkan pula sup bunjut adabi, garam, gula, maggi cukup rasa dan thai fish cake.
  1. Apabila nampak dah nak masak masukkan pula daun ketumbar, hirisan daun bawang, cili potong, tomato dan daun limau purut.
  1. Akhir sekali masukkan air limau nipis dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL