spot_img

Teruk Kena ‘Face Shamming’ Waktu Live, Gadis Ini Terima Sokongan Dari Yuna & Que Haidar

- Advertisement -

Face shaming adalah tindakan yang termasuk di bawah perbuatan body shaming, iaitu sama ada memberi komen, menghina, mengutuk atau mengejek penampilan wajah seseorang. Kesan daripada face shaming atau body shaming adalah berpotensi menyakitkan mental mangsa sehingga berlaku tindakan di luar kawalan.

Baru-baru ini, viral di laman Twitter mengenai thread screenshot seorang gadis ketika live menampilkan dirinya terima kritikan dan kutukan netizen. Namun bagaimanapun, posting berkenaan telah mendapat perhatian penyanyi Yuna Zarai dan pelakon Que Haidar.

Menjadikan fizikal sebagai hiburan

Que Haidar menerusi laman Instagramnya kurang senang dengan kecaman netizen terhadap gadis ini. Rata-rata antara mereka melontarkan kata-kata negatif terhadap gadis ini ketika dia melakukan live untuk tutorial make-up.

- Advertisement -

Que Haidar menyifatkan tindakan netizen sebegini seharusnya dihindari dan usah dijadikan kutukan terhadap bentuk badan atau wajah seseorang sebagai hiburan. Namun Bagaimanapun, pelakon lelaki ini tetap memberi sokongan dan mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam apa jua dilakukannya.

Baca komen-komen mereka buat saya mual. Perkara macam inilah yang buat saya rasa jijik. Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain. Menjadikan ianya normal tanpa sedar mereka menunjukkan macam mana didikkan parents mereka. Mereka rasa ianya biasa, menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!! Apa-apa yang berbentuk body shaming, racist memang tak patut kita normalkan.

Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini okay bila mereka tonton perkara ini dikaca TV/rancangan hiburan, jadi tanggungjawab kita besar. Dengan pengaruh yang kita ada, hidangkanlah pengaruh yang baik-baik. Kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke Universiti untuk belajar lebih beradab. Untuk adik ni, abang doakan semoga awak terus berjaya dalam apa-apa pun yang awak buat. Insyallah ramai yang sokong awak.

Tak perlu hiraukan mereka

Dalam pada itu, penyanyi terkenal iaitu Yuna Zarai turut terpanggil untuk memberi respon terhadap kutukan yang telah diterima gadis berkenaan. Yuna memuji gadis ini dan mengharapkan dia terus positif serta meminta mengabaikan komen yang mencemuhnya sebelum ini.

Ignoring the trolls (they don’t deserve the clout they sad AF).. this girl is just doing her thing i love it!!

Sumber: the_haidarsYuna Zarai

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL