spot_img

[VIDEO] “Terpercik Air Lecak Kat Muka Dia” Penghantar Makanan OKU Gigih Kayuh Basikal Walaupun Sebelah Tangan Tiada

- Advertisement -

Bukan semua orang bernasib baik dilahirkan sempurna dan datang dari keluarga yang senang.

Ada diantara kita tidak bernasib baik dan masih cekal keluar mencari rezeki walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Kisah mengenai penghantar makanan kurang upaya

- Advertisement -

Apa yang penting, ada diantara kita rajin bekerja demi mencari rezeki yang halal tanpa meminta selagi terdaya mengerah keringat demi sesuap nasi.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis ini mengenai seorang penghantar makanan kurang upaya.

Mengayuh basikal hantar pesanan kepada pelanggan

Menerusi video yang di muat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna yang bernama Yaya ini, beliau berkongsi satu rakaman video yang mencuri tumpuan ramai.

- Advertisement -

Rakaman video tersebut memperlihatkan seorang penghantar makanan kurang upaya gigih mencari rezeki dengan hanya berbasikal walaupun serba kekurangan.

Bawa kereta laju sampai langgar lecak

Yaya turut berkongsi luahan mengenai situasi yang dilihat apabila sebuah kereta dipercayai lalu berdekatan dengan penghantar makanan tersebut dan melnggar lecak sehingga terkena pada lelaki tersebut.

“Boleh nampak kut rider kat situ. Bukan main lagi kau bawa kereta laju laju langgar lecak”.

Terpercik air lecah kat muka dan baju dia

- Advertisement -

“Terpercik air lecah kat muka dia, baju dia semua. Dia tenung kereta itu terus geleng bawa keluar tisu lap lecak itu”.

Berhadapan dengan situasi tersebut, gadis ini berang dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu kereta yang tidak peka dengan keadaan sekeliling yang melanggar lopak air.

Berhenti di lampu isyarat dan bersihkan percikan air di bajunya

Video berdurasi kurang satu minit itu menyaksikan seorang penghantar makanan kurang upaya berhenti di lampu isyarat sambil membersihkan kesan percikan air di bajunya.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Setapak. Rata-rata simpati dengan nasib menimpa orang kurang upaya itu dan berharap agar seseorang boleh membantunya.

Sementara itu, seorang pengguna lain turut berkongsi mengenai penghantar makanan itu yang cacat dibahagian tangannya.

Bahagian tangannya tidak mempunyai tulang

Menurut rakan gadis ini, penghantar makanan itu cacat di bahagian tangannya yang tidak mempunyai tulang.

Walaupun serba kekurangan, namun ia bukanlah penghalang baginya untuk mencari rezeki.

Gemar memberi salam kepada orang sekeliling

Malah rakan gadis ini turut memberitahu lelaki ini sering memberi salam kepada orang sekelilingnya. Baik sungguh hati.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian tersebut dan menitipkan doa moga lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL