spot_img

3 Asas Kehidupan Untuk Berjaya Dalam Kewangan

- Advertisement -

Asas kehidupan ini membantu kita untuk meninggalkan sesuatu yang berharga di dunia ini walaupun selepas ketiadaan kita.

Tiga asas ini sebenarnya Allah SWT beri kepada kita untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Dalam kehidupan yang banyak melibatkan transaksi kewangan, tiga asas kehidupan ini sesuai untuk dijadikan matlamat utama bagi menguruskan kewangan anda dengan berhemat.

Ilmu yang dimanfaatkan

Pelaburan ilmu kadangkala memerlukan kos kewangan, namun jangan sesekali berasa kedekut untuk mengeluarkan wang demi pelaburan ilmu.

- Advertisement -

Dalam perancangan kewangan dan pelaburan, antara langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk melabur dalam ilmu terlebih dahulu supaya anda dapat menimba pengetahuan dan membuat keputusan kewangan dan pelaburan yang betul.

Jika anda membuat keputusan dengan berilmu, sudah pasti hasil anda akan berbeza dengan keputusan tanpa ilmu. Justeru, keputusan anda yang membuahkan hasil boleh dikongsikan bersama masyarakat sebagai sumbangan yang memanfaatkan ilmu.

Sedekah amal jariah

Allah SWT suka jika kita banyak memberi. Disini ingin menjelaskan bagaimana perancangan kewangan dan pelaburan yang betul dapat meningkatkan nilai sedekah anda kepada keluarga dan masyarakat.

- Advertisement -

Jika lebih ramai yang mengatur kewangan dengan betul dan melibatkan diri dalam pelaburan, maka nilai sedekah yang dapat kita sumbangkan juga akan meningkat.

Doa anak yang soleh/solehah

Kita sebagai anak sewajibnya melakukan yang terbaik untuk ibu bapa kita dan sentiasa mendoakan mereka. Dengan perancangan kewangan yang baik, kita akan dapat memenuhi impian diri dan keluarga kita.

Keberkatan yang kita dapati melalui doa ibu bapa kita yang sentiasa ada bersama kita akan mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat nanti. Bagi setiap perancangan duniawi kita, matlamat utama kita ialah akhirat.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL