spot_img

‘Ibarat Mimpi Buruk Apabila Anak Saya, Zhafril Adam Disahkan Positif Covid’

- Advertisement -

Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman saya tentang pandemik ini. Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak saya positif, waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama sama negatif.

Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok-elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut. Rasa lembik dunia berperang dengan perasaan.

Kenapa bukan saya, kenapa anak yang kena. Macam-macam soalan datang masa tu. Anak yang tak mengerti apa-apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri?

- Advertisement -

Waktu tu macam-macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa-apa, jadi bayangkan perasaan saya masa tu?

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor, text that says 'KLINIK KESIHATAN'

Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Tak apa.

Saya buat demi anak. Jam 12.30pm ambulan sampai, saya minta mereka off siren supaya tak nak jiran-jiran takut atau cemas. Sepanjang 1 jam lebih perjalanan ke Hospital, dalam ambulan saya lemah lembik.

- Advertisement -

Dari pagi tak makan apa. Tak ada tenaga. Tapi anak saya macam dah redha.

Seolah mengerti dia akan diambil ambulan dan dibawa ke hospital. Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tahu.

Image may contain: one or more people, people sitting and people sleeping

Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Tak apa saya faham. Mentaliti orang kita tak boleh nak halang.

- Advertisement -

Lagi pon covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan. 1.30pm sampailah kami di Hospital.

Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari. Kejap-kejap makanan sampai, kejap-kejap makanan sampai, makan tidur jela kerjanya masa ni.

Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah. Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doktor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak.

Image may contain: 1 person

Macam biasa covid ni tak ada ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doktor akan bagi ubat demam/tahan sakit.

Itu sahaja. Anak tak ada lagi swab sebab dah memang positif, tapi saya diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk saya kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif. Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua saya buat untuk kuatkan antibodi anak.

Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan saya bagi dia kumur air garam selama 3 minit. Selepas gosok gigi, madu akan saya suapkan. Tengahari waktu makan, saya bagi vitamin C.

Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga saya buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi saya juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu digunapakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.

Image may contain: 1 person, sleeping

Masuk hari ke 4, Anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doktor bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru.

Cuma dalam masa 3-8 hari tu badan kena strong untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular.

Kerana saya tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal dan hanya kakitangan hospital sahaja yang diberi. Jadi risiko saya terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi. Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan.

Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi. Pegang barang sanitized lagi.

Image may contain: one or more people and people sleeping

Nasiblah tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit. Jenuh oi. Swab ke 3, result saya negatif juga.

Alhamdulillah, masa tu ready untuk swab ke 4. Masa ni dok fikir janganlah sangkut lagi. Dah tak sanggup nak nak sambung bercuti dalam ni.

Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepu. Dengan sejuknya level level korea.

Suhu 16’c tak boleh adjust, selimut 4 dok bantai, sweater pakai, mask 24jam, tangan pakai glove. Gigih tau pergi order kat shopee tak tahan sejuk punya pasal. Stokin dah macam berpantang tak pernah buka.

Image may contain: one or more people

Serik menahan sejuk yang tak tahan maklumlah kita ni orang kampung. Ambil darah sampai lebam urat, cek jantung, swab lagi semua saya kena ya sebab mereka risau saya positif. Alhamdulillah semuanya OK.

Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankan. Dengan harapan result kali ni negatif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni.

Sebab result keluar bergantung result swab test saya. Dan hari ke 9, Alhamdulillah, my last result still negatif. Doktor kata barulah boleh discharge esoknya.

Esoknya discharge dan barulah KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Barulah tamat proses kuarantin dan bebas. Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganya.

Image may contain: 1 person

Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru untuk saya. Saya post sini tulis sini simpan sini biar jadi kenangan yang saya pernah ada pengalaman tentang covid ni. Biarpun kebolehjangkitan untuk saya kena lagi tu adalah tinggi.

Saya seorang yang sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan bagi juga saya untuk rasa melalui anak. Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin saya dapat ilmu pasal covid ni sebab saya bukan ada asas dalam bidang medik. Hanya pengalaman guru saya.

Saya sangka saya tak kuat, kenapa saya diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya. Siang malam berdoa agar anak sembuh dan saya dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mental fizikal memang kena sangat-sangat kuat masa ni.

Orang sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai sekarang saya puas fikir dekat mana anak kena sebab 1st swab negatif.

Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya. Redha dan terima.

Orang cakap saya kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya saya tak kuat pun. Kekuatan saya semua dari pertolongan Allah.

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan saya melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah. Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol dan Hospital Rembau.

Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik dan ramah. Tengoklah mereka layan anak saya dengan baik sampai sanggup duduk mencangkung nak cek anak.

Walaupun mereka sendiri penat, panas berlapis-lapis saya saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu tak ada double standard langsung pun. Semoga segala amal ibadah korang dikira sebagai jihad ke jalan Allah s.w.t. Terima kasih juga sahabat, teman teman yang tak putus mendoakan anak saya sembuh waktu tu melalui pm, whatapps dan dm.

Hanya Allah yang mampu membalas atas doa kalian. Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri dan patuhi SOP. Kita masih belum menang. Kita Jaga Kita.

Sumber: Nazra Azza

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL