spot_img

[VIDEO] Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Selamba Redah Jalan Yang Penuh Air Banjir

- Advertisement -

Sejak kebelakangan ini, negara kita ditimpa beberapa musibah antaranya wabak Covid-19 yang semakin meningkat dan terbaru keadaan banjir yang sangat teruk di beberapa buah negeri

Keadaan ini telah menambahkan lagi kesukaran kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian semenjak berlakunya wabak Covid-19.

Malah, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan yang terjejas untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga bagi mengelakkan daripada insiden yang tidak diingini berlaku.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman Twitter apabila seorang pemandu perodua Myvi dilihat dengan selamba memandu dan meredah jalan yang dipenuhi air kerana banjir.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan

Selamba redah banjir yang teruk sehingga menenggelamkan pekan

- Advertisement -

Menerusi rakaman video tersebut, pemandu Myvi berkenaan dilihat seperti tidak hirau dengan kawasan disekelilingnya dan meneruskan perjalanan.

Meskipun air banjir telah mencecah kepada paras yang berbahaya, dia malah memandu kereta tersebut dengan agak laju.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan berani pemandu berkenaan dan memberikan reaksi masing-masing

Kalau cerita pasal Myvi ni memang tak akan habis. Ada je macam-macam hal ya

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL