spot_img

Kesian Dari Jauh Naik Bas Nak Beli Kereta, Sekali Kena Tipu RM9k Dengan ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ

- Advertisement -

SEORANG pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai Lia Shukery, menceritakan pengalaman abangnya yang ditipu ketika membeli kereta. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa adik beradik ini.

Dari Perak ke Melaka

Menerusi video TikTok pertama yang dimuat naik oleh gadis tersebut, menceritakan perjalanan mereka dari Perak menuju ke Melaka atas tujuan ingin membeli sebuah kereta Proton Satria Neo. Mereka berdua ketika itu hanya menaiki bas persiaran bagi membeli kereta tersebut.

Bagaimanapun, hasrat abangnya untuk membuat kejutan terhadap isteri tidak kesampaian apabila mereka menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴘᴇɴɪᴘᴜᴀɴ seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kisahnya bermula, apabila abangnya membuat bayaran sebanyak RM9k tunai kepada ‘pemilik’ kereta tersebut setelah berpuas hati dengan kenderaan tersebut. Tetapi setelah bayaran dibuat, ‘pemilik’ kenderaan itu seolah-olah cuba melarikan diri dengan memberikan pelbagai alasan.

Gunakan muslihat untuk larikan diri

- Advertisement -

Dia (pemilik kereta) memberikan alasan ingin menyelesaikan urusan berkaitan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) terlebih dahulu sebelum kenderaan tersebut diserahkan kepada mereka. Rupa-rupanya itu adalah muslihat yang digunakan olehnya untuk melarikan diri.

Cemas dengan apa yang terjadi pada mereka ketika itu, mereka cuba menghubungi pihak bengkel tersebut, namun jawapan pemilik bengkel tersebut membuat mereka berdua terkedu kerana duit tersebut telah diberikan kepada orang yang salah.

Susulan daripada itu, mereka berdua tampil membuat laporan polis berhubung apa yang telah terjadi. Adik beradik ini pulang semula ke Perak dengan rasa kecewa yang teramat mendalam apabila duit tersebut lesap, ditambah pula kereta pun tidak dapat. Sedihnya!

Laporan polis dibuat

- Advertisement -

Menerusi laporan polis yang dibuat, abangnya menceritakan semua yang telah terjadi kepada pihak polis.

Jelas video tersebut, ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ itu telah bertindak menipu kepada adik beradik ini dengan menyatakan kereta dan bengkel tersebut merupakan miliknya, pada hakikatnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Perkara tersebut telah diceritakan kepada pemilik asal bengkel tersebut, namun kereta itu tidak dapat diberikan berikutan mereka telah membayar kepada orang yang salah. Ketika sesi mencuba kereta tersebut, pemilik asal kereta tersebut berada di dalam pejabat bengkel tersebut. Namun, ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ tersebut lebih pantas dan bijak dengan mengaku bahawa dia adalah pemilik asal kepada kereta terbabit.

- Advertisement -

Di penghujung video, dia sempat memberikan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam proses membeli kereta terpakai.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL